scan baby, Harga details scan, scan baby 6 bulan, berapa bulan patut scan perut
pengalaman mengandung

Nak tau Keadaan Baby dalam Rahim, sila lakukan Details Scan

Nak tau Keadaan Baby dalam Rahim, sila lakukan Details Scan | Runsing sebenarnya selagi tak ke klinik swasta (yang menawarkan servis bagi mengetahui baby yang sedang dikandung)Adakah baby yang sedang dikandung sihat atau sebaliknya. Scan 6 bulan mengandung ini doktor akan lakukan details scan.

WYKO Specialist Kuantan

Pagi-pagi ni, suami excited sangat nak tau baby kat dalam tu.Beria sungguh dia ajak Ina ke klinik. Pilihan kami sudah semestiya WYKO Specialist Hospital Bersalin Kuantan. Nak bersalin di sini, memang ttak boleh lah. Doktor pun tak berani ambil risiko,berdasarkan sejarah anak pertama bersalin (HTAA) premature baby semasa 35 minggu. Jadinya, scan di sini sahaja bagi mendapatkan keputusan yang jelas lagi tepat.

Di WYKO ni, boleh datang secara walk-in juga selain appointment. Hari Sabtu memang tak ramai orang.Kebanyakan yang datang hari Sabtu adalah secara walk In seperti Ina. Bagi Ina ni, agak sukar nak buat appointment lagi-lagi suami kerja tak menentu. Memang WYKO lah pilihan dari anak nombor 2 sehingga lah kandungan ke-4 iaitu sekarang ni.

Dah dapat jawapan tekak yang selalu Loya dan pahit sentiasa tu.

Details Scan

Bila usia kandungan sudah mencecah 6 bulan, memang details scan akan dilakukan di sini. Harga bermula dari RM 110 sehingga RM 140 ( Kalau scan susah , cecahlah RM 140 TU) . Ini adalah range details scan di WYKO. iNA KENA RM 110 sahaja..

Suami lah paling excited nak tau keadaan baby di dalam rahim ni. Sekarang details scan ni betul lengkap. Boleh tengok keadaan baby seperti uri , air ketuban , anggota badan baby (cukup ke tidak jari jemari kaki dan tangan ) , tali pusat , organ ( buah pinggang , jantung , otak ) .

Doktor juga bagitahu tadi , tangan baby okay . Bukan genggam tangan . Katanya doktor lagi , jika tangan baby genggam maksudnya baby mempunyai masalah sindrom down ketika di lahirkan kelak.

Jantina kali ini anak nombor 4 Ina adalah lelaki. Awal- awal scan tadi pun sudah nampak telur dan pistol dia.Hahaha~ tergelak mama n abah bila tengok awak kat dalam tu. Alhamdulillah, setakat ni dah mempunyai 2 lelaki lah dan 2 perempuan.

scan baby, Harga details scan, scan baby 6 bulan, berapa bulan patut scan perut
details scan

Menggunakan mesin Scan Canggih

Yang tak best , baby ni dia asyik mengiring sahaja . Itu pun nampak sedikit aje. Alhamdulillah , baby sihat di dalam. Nampak hidung jer mancung gitu. Dan sebelum ini , doktor Klinik Kesihatan ada mengatakan kandungan Ina ada masalah uri di bawah . Dan , hari ini juga Doktor WYKO sahkan , uri dari awal kandungan lagi memang di atas dan bukannya di bawah seperti yang diperkatakan oleh doktor di Klinik Kesihatan berikut. Ermm, sebab itulah WYKO menjadi pilihan Ina kerana di sini menggunakan mesin scan yang tercanggih . Setakat ini , memang scan baby tak pernah salah jantina . Memang akan keluar tepat apa yang di tunjukkan di mesin scan tersebut . Selebihnya kuasa Allah , manalah tau last minit jadi lain. Kita hanya manusia , redha sahaja. Jangan pernah salahkan takdir.

Tanda dan pembawakan Baby kali Ini

Patutlah semasa mengandungkan anak nombor 4 ni, asyik mulut jadi pahit. Nak jer makan masam-masam dan kali ini, sangat malas memasak. Hahahaha, berbeza pula kandungan no 3 dahulu ( lelaki ) tetapi rajin sangat memasak. Dan kandungan ke -4 ni juga morning sickness sangat lama iaitu dari awal disahkan mengandung sehingaa trimister ke-2 . Ingatkan baby girl kali ini. Hihihi~

Pembawakan kali ini juga amat teruk lah juga. Asyik masuk ke kedai pakaian baby je tak beli pun, tetapi asyik cium baju baby boy.Hihihi~ Lepas siap cium bau baju baby boy terus balik. Sudahnya memang tak jadi beli lah. Dah jadi satu tabiatt pula. alahai.. Okay, kali ni mama kena kuatkan hati. Mesti kena beli juga baju-baju baby boy. Banyak lagi yang tak dibeli lagi oii. Ikutkan nak semua baru untuk kehadiran orang baru.

Baiklah. Berbalik kepada tajuk tadi. Sebaiknya ibu mengandung pergilah scan baby untuk mengetahui keadaan baby di dalam. Sebab scan di Klinik Kesihatan biasanya tidak tepat. Seperti kata kawan Ina sendiri, doktor sahkan dia mempunyai ketulan Cyst. Huhh, boleh stress bila mengenangkan kan? Betul tak? Ina sendiri pun jadi stress hari tu bila doktor sahkan uri di bawah. Tetapi tiada pula bleeding ke.. hmm. Rasanya peralatan klinik kesihatan kerajaan sepatutnya kena tukarkan mesin scan yang lebih canggih selepas ni bagi mengelakkan banyak lagi kesalahan yang dilakukan.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

1 Comment

  1. Avatar

    Nak buat juga details scan next week. Hari tu pergi doktor x BG buat LG sbb awal. Takut baby nmpk x gebu LG katanya hehe..semoga semuanya di permudahkan nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *