mee calong sedap di pelindung,mee calong
lifestyle

Mee Calong Best Berhadapan Pantai Pelindung. Fuhhh! Memang Layan

Makan Mee Calong di warung depan Pantai Pelindung | Ini kali kedua Ina bersama anak-anak datang ke warung yang berhadapan pantai Pelindung.Memang strategik betul warung makan kat sini.

Kali ini kami datang bersama suami.Jika dahulu bersama mak abah.Alhamdulillah, nasib baik mood cik suami okay.Dia kata ON,itu yang nak tu.Hihihi.. sporting gitu.

mee calong sedap di pelindung,mee calong
mee kari beserah


Jarak warung ni tak jauh pun dari rumah Ina. Tak sampai 5 minit sudah sampai tau.Nama warung ini ialah Mee Kari Beserah.Boleh search kat facebook : Mee Kari Beserah .

Mee Kari Beserah di Pantai Pelindung,Kuantan

Semasa kami sampai hanya ada satu meja sahaj customer disini.Beberapa minit kemudian,,ada lagi customer yang datang.Maklumlah,ketika itu dah jam 3 petang.Ada yang datang dari jauh semata-mata ingin merasai keenakan menu-menu yang popular disini.

kedai makan tepi pantai di kuantan,kedai makan mee calong beserah
mee calong

Ala, tengok ni haa.Mee calong dah makan seperuh,barulah teringat nak snap picture.Hadoiii~ Ina oiii. Rosak-rosak.. dah tak menarik bukan? Hahaha,takpelah kan? Harap dimaafkan.Bukan apa,agaknya sudah menjadi kebiasaan,tengah makan sedap-sedap,barulah teringat nak snap.Janji ada kan? Ahaks.Psst~ lagipun sayang nak usik kamera.Kamera pula bewarna putih,jenuh lah kotor kang mirrorless kamera tu.

Mee calong telur menu yang Ina order ni ,dalamnya calong tu ada mee kuning,tauhu bulat,tauhu fishcake beberapa hirisan dan telur.Sedap lah juga mee calong ni.Mee Calong telur ni berharga RM 5.00.

Menu lain yang diorder anak-anak dan suami adalah Rojak Ayam dan 2 nasi ayam.Air sirap (3) dan air jagung itu sahaja air minuman kami.

keropok lekor
keropok lekor

Okay,ni menu wajib bagi kami seisi keluarga jika makan di luar.Keropok lekor,wajib order.Hahaha,mana lah tau.Kot order lambat sampai,sempatlah anak-anak alas perut terlebih dahulu.Takdelah mereka ni meragam.

Kat warung ni, yang datang kebanyakan orang luar dari Pelindung.Mungkin ada yang dari bandar ataupun mereka yang luar dari Kuantan. Oh ya,warung makan ni ditutup pada hari ISNIN. Waktu operasi antara 11 pagi sehingga 3 petang.

warung depan pantai
suasana warung berhadapan pantai

Kalau korang nak datang kesini,pastikan korang sapu terlebih dahulu krim SPF yea,jika taknak kulit terbakar dek panahan cahaya matahari.Dan lokasi disini,sangat panas.Akan tetapi,angin kat sini memang terbaik tau.Tengah makan pun,boleh terasa nak tidur.Hahaha,punyalah syok kena angin pantai tu tau.Tapi korang janganlah lama-lama duk melepak kat warung ni pula,bagi chance kepada customer lain pula yea tempat duduk tu.

Pantai pelindung kuantan,mee kari beserah
Hajat nak beli ikan fresh kat sini

Tempat Naik Ikan

Siap makan kat warung tadi,kami menuju berhadapan tempat nelayan naikkan ikan.Tak jauh pun,jalan kaki jer.Tetapi kali ini,takde rezeki nak bawa balik ikan fresh dari laut.Untuk pengetahuan korang,ikan murah-murah boleh beli kat sini.Biasanya petang dalam jam 6,ada juga nelayan yang baru balik dari laut.Best tau,ikan baru. Terus dari nelayan,harga sudah tentulah murah-murah.

Nor Azlina

Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

You may also like...

2 Comments

  1. Avatar

    Sedapnyaa mee calong

    1. Nor Azlina

      sedap sangat-sangat. Kalo husniy datang Kuantan,ka kbawak makan sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *