pameran artifak Rasulullah dan para sahabat
lifestyle

Pengalaman berkunjung ke Pameran Artifak Rasulullah dan Para sahabat

Assalamualaikum..

Semalam,hati terpanggil untuk mengunjungi Pameran Artifak Rasulullah dan barangan para sahabat yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kuantan.Alhamdulillah,akhirnya.. sempat melawat juga ke pameran tersebut iaitu pada hari terakhir pameran.

Selepas isyak,kami sekeluarga bergegas ke pameran tersebut.Hujan renyai-renyai pada malam itu.Tetapi tidak mematahkan semangat kami sekeluarga untuk melihat secara lebih dekat lagi barangan artifak Rasulullah s.a.w serta para sahabat.Alhamdulillah,allah mudahkan urusan kami.Parking pun mudah ketika itu.

Suasana Pameran dihidupkan dengan alunan zanji dan marhaban

Setibanya kami disana,dari parking lagi kedengaran bunyi suara orang (takpasti samada betul atau tidak berzanji dan marhaban secara beramai-ramai). Dan, apabila melangkah di pintu dewan MPK,Kuantan.Terdapat beberapa penjual minyak attar,makanan dan segala menjual produk kesihatan serta menjual buahan kering seperti kurma dan kismis di ruangan depan pintu Dewan.Keadaannya begitu sesak sekali,ada yang baru datang dan juga yang ingin pulang ke rumah masing-masing.

Pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat

Apabila berjaya menjejakkan kaki ke dalam dewan tersebut,secara tiba-tiba terpaku melihat keindahan artifak Rasulullah s.a.w serta para sahabat.Hati seolah terasa sayu dan secara automatik,di dalam hati tanpa putus berselawat keatas nabi.Di awal pintu masuk dewan,tersergam indah kecantikan kain kaabah,subhanallah.Rasa dekat di hati apabila melihat kain kaabah sahaja.Moga-moga suatu hari nanti,akan jua menjadi tetamu allah buat kami sekeluarga.Erkk…, sorry.Gambar yang ni,memang terlupa nak snap.Asyik sangat menghayati kain kaabah tu.

batu dinding kaabah (meteorid)
Batu Dinding Kaabah (Meteorid)

Bila dah nampak batu dinding Kaabah ni,hati teringin untuk menyentuh.Sambil-sambil memegang batu dinding kaabah ni,sempatlah juga ina berniat.Supaya suatu hari nanti,jadikan aku sebagai tetamu allah.Feel dia tu lain sedikit pabila menyentuh batu dinding kaabah ni,tengoklah tu.. ramai betul pengunjung yang mengambil peluang untuk menyentuh sendiri batu dinding kaabah itu.

janggut rasulullah

janggut rasulullah bergerak ketika pengunjung berselawat
Janggut Rasulullah (gambar dekat)

Janggut Bergerak setelah Mendengar Selawat keatas nabi


Antara yang menjadi tumpuan ramai ialah janggut Rasulullah s.a.w ,berpusu-pusu pengunjung memerhatikan akan janggut Rasulullah ini.Ada segelintir pengunjung yang memberitahu bahawa janggut Rasulullah ini bertindak balas setelah bacaan selawat keatas nabi dibacakan. Ermmm,wallahualam.Atas rezeki masing-masing yang dapat melihat akan hal-hal sebegini.Pelik..tapi tak mustahil kan? Dengan izin allah s.w.t..

kain penutup makam rasulullah
Kain penutup makam rasulullah

Kain penutup Makam Rasulullah s.a.w

Apabila melalui sekitar kawasan kain makam Rasulullah s.a.w,terhidu bauan yang sangat harum yang datangnya dari arah kain penutup makam Rasulullah.Ramai pengunjung mengambil kesempatan ini dengan cuba menghidu bauan pada kain makam tersebut.Agak sesak di bahagian ini,pada ketika itu.Ina sendiri pun tak sempat nak cuba bau,tapi dari jauh pun dah boleh bau.Memang bauan dia tak seperti minyak wangi atau minyak attar yee.Bauan yang tak pernah lagi Ina bau sebelum -sebelum ini.

Baju Perang Para sahabat Nabi

Perang badar,perang islam

baju perang kerajaan islam uthmani
Baju perang kerajaan islam

Dari sisi gambar baju perang kerajaan islam ni,sangat cantik.Terpegun sekejap akan keindahan baju perang tersebut.Rasa macam .. hebatnya baju perang kerajaan islam zaman dahulu.Rasa jatuh cinta pula dengan baju perang tu.. ahaks!

baju perang parsi

Pedang Perang Mu’adz Ibn Jabal

pedang perang mu'adz ibn ja;lal

Ini satu lagi,yang buat Ina begitu kagum.Cantik betul pedang perang Mu’adz Ibn Jabal ni.Rekaan yang sangat halus dan pada badan pedang mempunyai kalimah “Laailahaillallah” iaitu bermaksud Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. 

Besar gila pedang perang ni kan? Cantik betul rekaan dia.Halus betul seni rekaan tu..

Darah Bekam Rasulullah s.a.w seperti baru sahaja di bekam

Tarikan pengunjung juga ni,apabila pengunjung menyerbu artifak darah bekam Rasulullah s.a.w yang seolah baru sahaja di bekam. Rata-rata pengunjung yang berada di artifak ini tidak berputus dengan membaca selawat keatas nabi dan ada juga yang sedekahkan al-fatihah kepada baginda.Untuk pengetahuan korang,bekas yang berisi bekam darah bekam ini bergoyang.Tak pasti pula disebabkan apa.Eheheh..

pameran artifak

Tanah Makam Rasulullah s.a.w

Artifak lain yang turut menjadi tarikan pengunjung ialah tanah makam Rasulullah,Bekas kemenyan,Kunci makam Rasulullah,bekas isi susu serta kendi air dan banyak lagi yang tak sempat snap gambar semalam.

Sampai kat sini sahaja lah perkongsian ikhlas daripada Ina.Anak-anak pun seronok pabila berkunjung di sini. Mereka pun dapat ilmu baru bila mengunjungi pameran begini.Alhamdulillah..

Pendapat Ina sendiri,seeloknya pameran tersebut dilanjutkan untuk seminggu lagi.Ini kerana tidak ramai yang tahu akan pameran tersebut yang diadakan.Kemungkinan pengiklanan kurang.. banner sepatutnya di gantung di kawasan perumahan.Ina sendiri pun,baru tahu semalam tau.Sedih pula.. nasib baiklah sempat berkunjung ke pameran tersebut.

Kepada staff yang menjaga barangan artifak sepanjang pameran,diucapkan ribuan terima kasih kerana membenarkan Ina untuk snap gambar-gambar yang cantik semasa pameran Artifak Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Nor Azlina

Penulis sepenuh masa dalam masa sama juga Seorang ibu yang mempunyai 3 cahaya mata yang aktif dan bijak membesar.Juga seorang isteri yang positif.Suka mengambil gambar dengan menggunakan kamera Sony Alpha dan berkongsi pendapat dan pengalaman melalui ruangan blog.Amat tertarik tentang kecantikan.Sebarang pertanyaan Email : norazlina181@gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *