Be Happy

tauhu bergedil sedap, tauhu bergedil kuantan,mengidam tauhu bergedil

Mengidam sejak dari sebelum tau mengandung lagi tau. Tekak macam-macam nak makan ni ha. Ibu mengandung sahaja yang tau macam mana rasanya.

Menangis Kalau tak dapat makan apa yang diidam

Anak tekak pada mulanya nak makan makanan korea lah. Habis di laman social Facebook Ina scroll.Cari makanan berasaskan korea yang boleh cod terus ke rumah. Lastnya makan RAMEN.Ahaks~ pedas gila kot.Sampaikan spotting (masa tu tak tahu lagi pregnant, sebab keluar macam period 3 hari) . Dah namanya mengidam kann? Orang mengidam ni mana ada makan banyak.Cukup sedikit je dapat rasa pun dah puas.Tetapi kalau tak dapat, boleh meraung tak pun menitis airmata tanpa sedar tau.

Lepas tu pula nak makan makanan jepun pula dah.Order pula SUSHI KING baby octopus

Mengidam bukan sehari jer nak makan yea. 3 hari juga lah,so order 3 malam tu berturut.Huhuhuh~ takpelah demi anak tekak masa tu tak tahu lagi mengidam.Kadang-kadang mainan hormon je time nak period je.

kisah orang mengidam
Tauhu bergedil

Kali ni pula mengidam nak makan tauhu bergedil.Lama dah sebenarnya nak makan tauhu ni.Oleh sebab kecewa dengan beberapa seller tauhu bergedil.Buat tak tahu jer tau. Tetapi kebelakangan ni pula asyik termimpi makan tauhu bergedil,bangun pagi asyik teringat tauhu bergedil ni.Tak boleh jadi. Keesokan terus search dalam group facebook Tauhu bergedi.Muks .Mujurlah sedap yang diorder ni tau.Hahahaha.

Dan kebelakangan ini juga, baby dalam perut ni nak sangat makan ulam-ulaman seperti baby timun dan sebagainya ( kacang buncis pun Ina siap celur lag tau) . Baby timun ni pula sedap betul cicah bersama sambal belacan. Huiiiih.. memang best lah. 3 minggu juga asyik meratah baby timun bersama sambal tu. Dan hampir seminggu juga lah, selera sudah berubah. asyik nak makan petai jeruk jer tau. Selera sangat,kalau tak mengandung ni.Jangan haraplah nak makan ini semua tau.

sambal belacan
sambal belacan

Sambal belacan ni special sikit. Sebab ikutkan sambal ni takde letak langsung belacan. Lagipun Ina sendiri yang ada masalah resdung dan suami pula risaukan tekanan darah tinggi dia tu. So,memang sambal kat rumah ni memang tak menggunakan langsung belacan. Hanya letak cili besar dan air asam jawa sedikit serta perahan limau kasturi.

Paling teruk mengidam adalah semasa mengandungkan anak lelaki iaitu kandungan ke-3. Memasuki trimester ke 3, baby kat dalam ni asyik nak makan jer kepala ikan merah. Faham jerlah,kepala ikan merah bukannya murah. Huhuhu~ Setiap 2 hari sekali suami pergi ke pasar belikan kepala ikan merah tu. Itupun makan secara berjimat dah.Sebelah kepala untuk 1 hari,dan sebelah lagi pun sama.Dapatlah bertahan selama 2 hari. Dan setiap hari juga masak asam pedas kepala ikan merah. Kaw-kaw masam dan pedas! Memang mengancam lahh. Duk makan lauk ni pun takpe. Mujur sangat mengidam kepala ikan merah ni semasa trimester ke-3 sahaja.Kalau dari awal trimester, tak ke botak suami Ina ni? Gulpp~ Untuk suami dan anak-anak mereka makan lauk lain.

Kandungan kali ke-4 ni, Ina kerap slow talk dengan baby supaya tak mengidam pelik-pelik. Kerap pujuk baby kat dalam tu.Heeeeh. Kali ni, nampaknya suami pula yang morningsickness. Pagi-pagi tadi dia dah muntah. Minggu lepas suami bagitau badan penuh berangin.Rasa mual dia kata.. Hmmm~ Sama naik dengan Ina ni morningsickness.

Antara amalan semasa mengandung yang Ina amalkan sekarang adalah membaca surah Yusuf, surah Maryam , dan surah yasin setiap kali solat. Baca setiap kali solat. Dan sebelum tidur membaca 3 qul, ayat qursi dan al-fatihah ( supaya kandungan dilindungi )

One thought on “Mengidam ekstrem? Pujuk baby kat dalam tu

  1. I was just searching for this information for some time. After 6 hours of continuous Googleing, finally I got it in your website. I wonder what is the lack of Google strategy that don’t rank this kind of informative web sites in top of the list. Normally the top web sites are full of garbage.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!