lifestyle,  parenting

Perkembangan Baby 2 Tahun

 

 

 

beberapa hari yg lepas.. Muhammad Arif Furqan telah menyelamatkan 2 orang kakak nya. sangat kelakar.. situasi : Sara dan soffea menjerit di dalam bilik. Bila mama masuk bilik dan tengok,alahai anak. ulat besar saiz semut aje nakk.. menjerit.Macam nampak hantu🙄 Lastnya.. hero mama,si Furqan datang menolong 2 kakak nya. Alahaiii.. Furqan datang dan terus memijak ulat tersebut. Kes..settle by furqan..😊😂😂 Pengajaran disini.. furqan dah ada sifat tolong menolong sedari kecil lagi. Alhamdulillah… Arif = Bijaksana #kbba9 #KelabBloggerBenAshaari #bukansekadarblogger #bloggermy #malaysiablogger #ehbelogakudotblogspotdotcom
A post shared by Nor Azlina (@azlina6861) on

Alahai… Hampir mama terlupa bulan Oktober adalah bulan kelahiran Muhammad Arif Furqan.Ikutkan pada bulan Oktober 2018 (16 Oktober)  Furqan telah memasuki usia 2 tahun.


Perkembangan Baby 2 Tahun

 

Patutlah pelbagai perangai baru yang di pelajari.Bagi ina sendiri,2 tahun tu masih kecil lagi.Ehehehe.


Antara ilmu baru yang di pelajari adalah :


1. Sudah pandai menanggalkan  baju dan seluar sendiri.
2. Pandai menyebut perkataan ‘Nasi’
3. Bila mama tanya soalan pada Furqan,dia akan bertindak balas .Ini antara ayat favourite dia ” Haaa?”  Dengan nada lembut.Sekali pakej dengan reaksi muka yang comel.
4. Rumah mama,dah tak macam rumah.Dinding rumah seperti jadi ‘white board’ (Furqan akan lakukan aktiviti semasa mama memasak di dapur ataupun tengah solat..huhhh) .. Nak kena cat lah gamaknya ni.
5. Suka membuli kakak-kakaknya.
6. Bila tiba azan.Dia akan berlari ke bilik untuk mengambil sejadah untuk solat di ruang tamu.



Berpisah Susu Badan 


Ohh..ya,Sekarang ni Ina tengah belajar berpisah susu badan.Susu pula ajar minum dalam gelas plastik dah.Kesemua anak-anak telah di ajar minum dalam gelas.Bukanlah guna botol susu.


Seperti Sara dahulu.Ina sapukan sirap dan serbuk nescafe jer pada nipple breast tu.Hmmm…jiwa mak yang kena kental masa ni.Sara.. waktu tu,demam jadinya pabila berpisah susu.Nak kesian,tetapi kan sampai bila.So..,belajar lah dia minum susu dalam gelas tu.Ehehehe.Sehinggalah sekarang ni,
Sara (6 tahun)  minum susu tepung Everyday setiap malam sebelum tidur.



Dan.. yang bongsu ni tak tahu lagi.Berapa lama pula untuk berpisah pampers.


Tips : Berpisah Pampers Tak Sampai 7 Hari  

kanak-kanak 2 tahun,tips berpisah susu,tipsberpisah pampers,perkembangan kanak-kanak 2 tahun

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *