mudah bersalin cara islam,petua mengadnung dan bersalin
lifestyle mengandung parenting

Morning Sickness Sepanjang Mengandung dan Mudah Bersalin

Assalamualaikum

Sejak mengikuti group ibu mengandung di facebook.SEmakin hari,semakin jelas kenangan semasa mengandungkan anak-anak.Moment indah bagi ibu-ibu adalah sewaktu mengandung.Tiba-tiba teringat amalan petua mudah bersalin ini.

Kenangan Mengandung

Syok weiii.Dari trimester pertama iaitu sebelum disahkan mengandung lagi Ina dah tau mengandung.Hihihi.Sebab utama ialah,tanda-tanda mengandung muncul terlebih dahulu sebelum pergi cek ke klinik.Hahaha~ Dasyat kan penangan ibu mengandung ni.Kuasa allah juga tuu.

Sebelum ke klinik.Tanda-tanda seperti pening tak boleh naik kereta ( mengandung ke-2 ).Bila naik je kereta terus pening,terasa seolah duduk dalam bekas kedap udara.Rasa takde udara nak bernafas langsung.Tetapi bila keluar dari kereta,terus sihat.Hahaha..

Yang kelakar,sewaktu kandungan ke-2 iaitu mengandungkan Soffea.Kami sekeluarga nak pergi beli barang dapur je di bandar.Tetapi mengambil masa selama hampir sejam setengah baru lah tiba sana.Sejam setengah tiba di bandar,sepatutnya mengambil masa 10 minit je ke bandar.

Ini adalah disebabkan morning sickness,iaitu pembawakan baby.Asyik muntah aje bila setiap kali kereta bergerak.Hihiii. Nangis-nangis tau Ina bila morning sickness macam ni.Muntah bukan jenis biasa,tetapi jenis tersembur-sembur tu.Banyak kali berhenti untuk muntah.Dan ada yang tak sempat berhentikan kereta.Menyembur terus dalam kereta.Nasib baik suami memahami.. heeeee. Rasanya paling mencabar semasa mengandungkan Soffea.Hati pula mudah tersentuh,airmata ni memang begitu murah.Boleh dikatakan setiap hari jatuh airmata ni.

moment indah sewaktu mengandung,morning sickness
Mengandung,mengidam dan mudah bersalin

Gambar atas tu,mengandungkan Soffea ketika kandungan berusia 7 bulan.Tetapi,perut sudah jatuh ke bawah.Bila berjumpa orang ramai,mesti orang akan cakap,tengah menunggu hari.Walhal perut baru 7 bulan iaitu di trimester ke 3 kehamilan.

Mengidam

Takde mengidam yang pelik.Cuma di ketika itu.Kandungan pun tak berapa kuat.Setiap kali Ina letih akan turun darah (bleeding) . Pada awalnya,memang doktor suspek ‘uri dibawah’ ,alhamdulillah.. bukan. Diawal kehamilan lagi,kandungan hampir keguguran akibat terlalu ikutkan tekak yang mengidam nak makan benda pedas-pedas dan jeruk.

Awal mengandung,memang Ina sukakan makan jeruk dan makan mee sup bersama lada kicap yang pedas.Haihhh,sedap.Makan mee sup memang tak ingat.Sepanjang mengandung 3 kali buat sendiri mee sup daging tu.Pedas kaw-kaw.. Itu yang kandungan hampir keguguran dahulu.Tetapi allah tetap bagi rezeki juga.Syukur sangat..

Petua Mudah Bersalin

Jika diikutkan,Ina memang tak aktif sangat sewaktu mengandung.Asyik tidur dan sensitif.Itu ajer,hahaha. Tetapi,nasib baik allah hadirkan rezeki Ina supaya mudah untuk bersalin,jika dibandingkan anak pertama.Orang-orang tua kata,kalau dah pernah bersalin.Kelahiran ke-2 dan seterusnya akan mudah.Bukan yerrrr! Salah sama sekali,ehehehe.

Sepanjang megandung,memang Ina rajin bangun solat tahajud dan mengaji.2 amalan ni,memang Ina tak pernah tinggal,dari awal mengandung sehingga saat terakhir ingin bersalin.Dan solat lima waktu pun tetap Ina kerjakan.Alhamdulillah,allah beri kekuatan disitu.

Al-quran sudah beberapa kali khatam semasa mengandung.Antara surah-surah yang Ina ulang baca adalah Surah Maryam.Memang seronok sangat.Dan memang tak sangka pula,kelahiran ke-2 paling mudah.Langsung takde turun tanda bahawa nak bersalin,cuma hati terasa lain macam.Terasa lesu dan seperti nak period tetapi sekejap sahaja.Dan sudahnya,semasa tengahari nak solat zohor.Nak bersihkan diri,ternampak ada najis pada seluar dalam.Hahahaha~ Sumpah! Deria rasa hilang di ketika ini.Malam tu juga selepas maghrib suami bawa ke hospital bersama barangan kelengkapan baby.

Bila selesai pendaftaran di hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),doktor cek jalan.Dan doktor cakap,bersedia masuk ke Labour room,sila bagitau suami puan.Berderau darah ketika itu.. mujurlah sempat makan kenyang-kenyang sebelum ke hospital.Lega sangat! Bukaan pun ketika itu 5cm. Bayangkan beberapa jam lagi,dapat jumpa baby.Semalaman jer,ditahan dihospital ketika itu.

Itu sahaja pengalaman Ina morning sickness dan mudah bersalin.Tiada makan apa-apa semuanya bergantung sepenuhnya kepada allah s.w.t.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *