petua,  Tip parenting

Petua : Tali pusat baby mudah Tanggal


Sebenarnya, semalam dah nak tulis entri nie.Al maklumlah, sedikit sibuk menguruskan hal hal berkaitan berpantang. Mana nak uruskan baby..sangat sibuk.. (Lama dah tidak merasa berjaga malam..hihihi).


7 HARI TALI PUSAT TERTANGGAL

 
Harini hari ke 8 berpantang… Excited betul, hihihi.Semalam (hari ke 7 )pusat Nur Wardina Soffea sudah tercabut.Alhamdulillah! Awal Kali nie anak mama pusat tercabut. Emm..kalau dulu,Sara dekat 3minggu jugak la nak tunggu tercabut. Sampaikan ina nie naik risau.Iyela,mulut- mulut orang sibuk duk bertanya..pusat dah cabut belum? Kalau lebih dari seminggu, anak degil laaa,nakal.Hmmm..menyampah! 
 
Okay-okay Meh sini,ina nak bagitau..Petua dia,mudah saja… Pakai jee ubat hospital yang bekalkan tu..

7 Hari TALI PUSAT TERCABUT,tips cepatkan tali pusat tanggal,petua cepat tali pusat luruh
Tali pusat baby yang baru lahir





Caranya: 
 
✔basahkan kapas (dengan ubat kaler pink) Dan titikkan di sekitar pusat.
✔cuci dengan kerap(pakai ubat hospital)pusat baby setiap Kali selepas mandi, Dan setiap Kali tukar pampers (ingat!! Jangan bagi pusat baby terkena air.Jika terkena ,lapkan sehingga kering kerana dikhuatiri pusat dijangkiti kuman)..
 
✔Jika tali pusat sudah tertanggal,cuci sebersihnya pusat baby.( pusat yang tercabut,sila simpan ditempat yg kering)
✔pastikan pusat dibersihkan,jangan biar darah beku di pusat .



Sebenarnya amat bagus jika tali pusat cepat tercabut.Kerana ia dapat mengurangkan demam jaundis baby semasa dalam tempoh berpantang ibu.

 
Okay,sekian.Terima kasih sebab anda Sudi baca petua saya.😊😊😍
 
Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!