Susu Tepung Rumusan anak langkah 3 dari 1-3 tahun,susu tepung,anak-anak minum susu

Zaman sekarang ni,mana ada barangan PERCUMA lagi kan? Tetapi di laman web Home Tester Club,korang boleh dapatkan produk secara percuma! Ada skincare,supplement dan juga penjagaan diri.

Home Tester Club Malaysia

Dulu ternampak iklan Home Tester Club di laman sosial media Facebook.Terus Ina Sign Up sebagai ahli.Nak dapat produk secara PERCUMA,mestilah kena daftar terlebih dahulu.Jika tak macam mana lah nak dapat produk itu semua.

Barangan Percuma itu bukanlah barangan keperluan harian dapur,tetapi ia terdiri daripada produk.Seperti produk skincare,supplement dan produk penjagaan diri.

Update Terkini

Caranya korang kena follow rapat-rapat Home Tester Club ni.Setiap produk terkini akan di update di laman web tersebut.Masa ni lah korang dengan kadar segera isi details di laman web tersebut.Apa soalan yang ditanya,korang jawab dengan jujur.Yang terpilih,akan menerima emel susulan untuk penghantaran barangan terus ke rumah korang.Setiap barangan yang diberikan adalah PERCUMA! Postage pun korang tak dikenakan cas.

produk percuma,home tester club,produk ,review produk
produk percuma di Home Tester Club

Tadaaaa~ Terkejut sangat.Produk PERCUMA dari Home Tester Club sudah sampai.Sampai waktu kami tengah makan.Hahaha,memang terkejut sangat tau.Besar giler kot kotak yang sampai.Bukan syarikat kurier poslaju yang hantar tetapi TIONGNAM.Guna lori!

Siapa tak terkejut tau,tiba-tiba datang lori hantar barang.Ingatkan salah rumah ke ape.Siapa yang beli barang niii. Rupanya,tengok pada form tu dari Home Tester Club,hilang sekejap perasaan cuak tu.


“Masa uncle India masuk ke pagar rumah.Ina fikir,siapa pula nak mintak Ina ni review barang kan? Dalam hati cakap, barangan elektrik ke? Sebab kotak besar .”



Excited Anak-anak terima produk

Tengok tu reaksi anak-anak.Dorang kemain gembira tau.Berebut nak buka kotak susu.Produk yang Ina dapat ini adalah susu dari Wyelth iaitu S26 Progress Langkah 3. Besar sangat kotak ni.

Susu Tepung Rumusan anak langkah 3 dari 1-3 tahun,susu tepung,anak-anak minum susu
S26 Progress

Kotak ni datang dalam saiz neg bimbit besar.Dalam fikiran,jangkaan Ina hanya 1 pek sahaja susu rumusan yang dapat.Tetapi salah pula anggapan.Rupanya dapat 3 pek susu.Huhhh! Untung sangat.Kebetulan pula masa ni,susu anak-anak dah habis.Jadi dapatlah berjimat bajet susu bulanan tu.Ahaks!

Dalam kotak tu ada flyers,kotak susu besar dan 3 pek susu.Setiap satu pack, dengan isian berat susu 600gram.

600gram susu s26,susu rumusan,Langkah 3 s26,Tepung susu berjenama,
Packaging susu s26 600gram

Okaylah,dapat berjimat selama 2 bulan untuk anak-anak Ina 2 orang tu.Alhamdulillah,rezeki anak-anak kan.Tak terduga.

Selfie bersama Produk

Biasalah kan,orang dah bagi produk kepada kita.Mestilah nak kena selfie.Post bergambar bersama produk serta ikut arahan dari pihak yang memberi produk tersebut.Biasanya tak susah pun,post di Instagram mahupun Facebook.Tipulah korang kalau kata takde laman sosial media.

Mudah jer kan? Jadi,apa tunggu lagi.Pergi register sekarang di Home Tester Club .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!