biskur raya,biskut dahlia
lifestyle parenting

Projek Bulan RAMADHAN 2016

Assalamualaikum… hai. Salam Syawal yang keberapa entah..(jika tak silap syawal 9) heeeeehehe. Dah dewasa nie, kurang la beraya. Suasana pun hilang entah kemana..ditelan arus zaman milenia mungkin.TAPI… baju raya WAJIB ade.. kikikiki( itupun terpaksa beli.. sebabya perut ai takmuat dah nak sarung baju kurung tahun lepas… emm, preggy 5bulan masa ni). Untuk anak anak .. Suami? Dia pakai tahun lepas punya..sakan dia p raya.. mana taknye. Dah kurus suamiku. 18kg hilang.. okay. FULLSTOP!!!

 

 

 

 

Entri kali nie kita cite projek ramadhan..2016.

oven letrik,pensonic oven,4 liter oven,Oven pensonic
PENsONIC Oven letrik

Sebelum kehadiran oven nie, ai pakai oven kecil je.. brand morgan..(memang tahap nak meraung nak siapkan 100biji tart nenas..mana la taknya.Kapasiti dia kecil jeee. Sekali masuk dalam oven, 1 dulang je.. anggaran 40biji je)..haiiih laa. Mujur suami memahami saat nie. P belikan oven yang besar sikit.. yang kat atas tuu. Skali masuk,, 3 dulang sekali.Ade sekali kipas ..memang cepat sangat masak biskut dan paling bestt.Boleh buat ayam golek dalam tuu.. memang berbaloi la beli brand pensonic nie.Nie dia projek ramadhan kali nie.. jeng jeng jeng..

 

Minggu ke 2 ramadhan baru la suami belikan oven pensonic.Suami siap cabar lagi suruh biznes biskut raya kali nie. Ummm… bak kata dato seri najib, darah bugis pantang dicabar!  begitu juga dengan ai. Tup tup.. order mencurah. Tak menang tangan dibuatnya… sehinggakan order terpaksa ditolak untuk tart nenas..

snow almond

tart nenas sedap

 

biskut dahlia

 

 

Nie la hasil projek ramadhan 2016..
Hanya jualan kecil kecilan sahaja.Hantar di kedai-kedai runcit dan order dari kenalan suami dan juga sahabat facebook.Ada banyak lagi gambar… cuma taksempat nak snap jee.

 

Penangan dari ni.. kaki ai vengkak tau.Akibat terlalu lama berdiri buat jem nenas.. tapi memang beebaloi sangat. Customer duk repeat order je..


 

Alhamdulillah,syukur sangat dengan rezeki allah kurniakan ni.Dalam perut lagi,allah dah bagi rezeki baby.Siapa cakap,ada anak ramai ni kewangan makin tak cukup?? Silap besar tau.Insyallah,allah hadirkan rezeki bersama anak-anak.

Hilang Perasaan Malu

Mungkin disebabkan pembawakan baby masa ni.Perasaan malu tu,takde dalam diri Ina.Gigih sangat bawa perut yang ketika ini mencecah 5 bulan,Ina terjah setiap kedai runcit untuk cari peluang bagi produk jualan biskut raya ni.Alhamdulillah.. sebelum bulan puasa lagi,memang dah start jual biskut raya ketika itu dan permintaan nya alhamdulillah,sangat menggalakkan.

Suami Membantu

Dalam bisnes ni,suami adalah tulang belakang Ina.Alhamdulillah,dia lah banyak membantu dalam mempromosikan jualan biskut raya kepada kawan-kawan dan juga pelanggan cctv dia.Syukur! Ditambah lagi,kandungan Ina tidak mempunyai sebarang masalah,seolah seperti tidak mengandung.

Homemade

Sejujurnya memang ramai pelanggan yang sukakan produk homemade.Antara sebab utama,produk homemade adalah produk yang segar iaitu biskut-biskut keluaran Ina ni semuanya dibuat mengikut tempahan daripada jem nenas sehinggalah ke biskut raya itu sendiri.Walaupun ia agak penat,tetapi berbaloi.Customer pun asyik repeat order.

Baca sini : Cara buat Inti Jem Tart Nenas

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *