rod langsir kayu


“Siapa tak teringin nak buat rumah sendiri kan? Lagi lagi atas tanah sendiri. Baca tips dari Nas Nuri Construction, kontraktor bina rumah atas tanah sendiri.”


Nas Nuri Construction

Kisahnya,rumah dah jadi macam apa entah.Dengan langsir tercabut.Penangan dua orang anak ina yang itu..  (Soffea dan Furqan).Boleh migran weiii,bila mempunyai anak-anak yang masih kecil.Si kakak tu pula,Sara.Dia pula tak awasi langsung adik-adik dia tu.Huhhh~ makanya,patah lah langsir mama.

Agak lama dibiarkan langsir di rumah tercabut.Hahaha..Gelak dulu lah.Walaupun tak kelakar,mesti korang kata Ina ni gila.Kecil punya hal je kan? Tapi besar  bagi ina punya masalah.

Rod langsir kayu,rod langsir saiz 5 kaki

Ni gambar zoom kepala rod langsir tu.Sebenarnya kan,berbulan juga.Akhirnya sabtu yang lepas,baru dapat ganti baru rod langsir kayu ni tau.Bukanlah mengenai kewangan,tetapi sering kali terlupa bila bab-bab macam ni.Ahaks! Bab begini,memang tak reti sangat tau.Serius.. walaupun Ina ni seorang suri rumah.Bab ni memang fail,tetapi kalau bab masak memasak tu,ina minat lah.Eheheeh.

  Serba salah juga kat mana nak beli rod kayu ni tau.Ada yang rekomen beli di kedai DIY jer.Harga dalam RM 30.00 jer.Tetapi,takut lah nak beli di sana.Sebab tiada staff yang tau berkenaan hal-hal sebegini.Jadi,tak mahu ambil risiko tersalah beli rod langsir kayu,makanya Ina memilih dengan membeli di JAKEL.Iaitu tempat asal,tempat yang Ina tempah kain langsir dahulu.

  Di JAKEL,sudah tentu staff pun lebih tahu mengenai hal-hal berkaitan kain langsir dan sebagainya.Sewaktu sampai di JAKEL tu,terpampang depan pintu masuk rod langsir kayu ni tau.Alhamdulillah..lega lahh.Jumpa juga Rod langsir kayu yang nak di ganti baru tu.

Errkk… staff kat situ mula bertanya saiz rod yang ina gunakan di rumah.Seperti ina bagitahu tadi,bab ni memang tak tahu.Apa yang bagitahu kepada staff tersebut,tingkap rumah mempunyai 2 tetingkap.Bukanlah tingkap naco.Hahaha.. Mujur staff tu faham. 

  Dan,setelah ina bagitahu kepada staff tersebut saiz rod langsir kayu ina nak tu.Akhirnya,ina memilih saiz 5 kaki Rod langsir kayu.Dia mempunyai dua jenis.Samada yang murah iaitu berharga RM 7.40 Sekaki dan warna rod tersebut bewarna coklat terang.Ermm,katanya staff JAKEL.. yang murah dari segi kualiti kayu.Iaitu ia mudah patah.. hihih. 

   Ina? Apa lagi,dah anak-anak ganas dan lasak sebegini.Pilihan Ina tentulah nak yang lasak.Kualiti tu mesti nak kena lebih.Ehehehe. Jadi,terus Ina memilih saiz 5 kaki rod langsir kayu tu.Kayu bewarna coklat gelap seakan warna hitam.

Harga Rod Kayu Langsir

Kualiti setanding harga lah,of course yeaaa. Rod langsir kayu ni RM 14.00 sekaki,bukan sebatang tau.Ahaks! Jadinya, sebatang rod kayu langsir tersebut ialah berharga RM 70.00. Ehehehe.. Patutlah suami sakit kepala haritu masa Ina cakap nak guna rod langsir kayu ni.Hihhihihi.. Tapi cantik tau.I likeeeee.. 

  Seingat ina dahulu,semasa mula memasuki rumah baru kos yang sangat besar. Langsir sahaja,pun dah modal seribu lebih.Itu pun.. pilih kain yang jenis murah jer tau.Sliding dua lapis,langsir tingkap pula semuanya jenis kain tebal.Belum termasuk kos rod langsir kayu tu tau.Heee,, rumah endlot.Berapa banyak tingkap kan? Adeii.. lepasni nak kena kumpul pula duit untuk menukar kain langsir baru. Moga urusan dipermudahkan bagi tabung langsir Ina.

  Takpelah,kali ni.Yang ini.Guna duit Ina jer..Hihihi. Rod langsir kayu siap beli! Dan siap juga di pasang pada hari yang sama tu.Alhamdulillh,misi dah berjaya juga setelah berbulan tingkap tak bergantung betul-betul langsirnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!