balcony suite, premium suite, bilik resort depan swimming pool, beach rompin resort
percutian Rompin beach resort

Bercuti di Rompin. Resort yang mempunyai banyak kemudahan di Lanjut Beach & Golf Resort

Kali ini kami sekeluarga pergi bercuti di Rompin,Pahang. Jarak dari Kuantan ke Lanjut Beach & Golf Resort adalah lebih kurang 2 jam setengah. Kalau nak tau, sini juga port untuk kaki pancing bermalam.

Surprise lagi kali ini suami ajak bercuti.Bulan September sahaja 2 kali kami bercuti. Alhamdulillah, ada rezeki kami sekeluarga bercuti, walau dekat-dekat sekalipun.aknya nak sambut birthday dia awal lah kot. Hihihi, terbalik pula kan? Diri sendiri yang reward sempena ulangtahun kelahiran.Takpelah, janji tempat percutian kali ini sangat berbaloi, dan berpuashati bermalam disini.

entri lain : Ulek Beach Resort, Dungun

hotel review,Resort di rompin, Resort golf di rompin, Rompin resort

Booking.com jadi pilihan kami

Suami order bilik melalui website booking.com. Order jer terlebih dahulu dan bayar semasa nak check-In . Kami book bilik ni pagi tu juga,ehehe. Semuanya last minit keputusan. Nasib baiklah ada kekosongan bagi bilik Superior Twin. Alhamdulillah..

Bilik Resort Depan Kolam Renang

Superior Twin ni hanya mempunyai 2 katil standard. Muatlah kami 4 beranak ni. Bilik berhadapan kolam renang. Kemain gembiralah anak-anak Ina ni semua. Nasib baik juga dapat bilik atas,jika di bawah tu.Agaknya, memang tak lekat kot anak-anak dalam bilik.Bilik bawah lagi lah best, buka pintu bilik je terus boleh terjun ke kolam renang ni. Yang bawah tu,semuanya bilik dah full awal-awal yea.

Check – In Resort

Kami Check-In di Lanjut Beach & Golf Resort pada jam 3.30 petang. Huiiii, jejak je kaki ke sini.Terus hilang semua penat dan mengantuk.Ahaks! Memang tak sia-sia betul lah pilih resort di Rompin ni secara last minit. Memang tak salah pilih tempat percutian.

Resort ni memang exclusive betul. Cantik sangat pemandangan. Kehadiran kami seisi keluarga di depan Resort di sambut oleh badut. 2 orang badut ini memberi belon-belon pada anak tetamu Resort. Besttt~

Semasa nak memasuki ke bilik, kami melalui depan kolam renang. Memang besar lah kolam renang ni.Ada untuk kanak-kanak dan kolam renang dewasa juga. Anak-anak Ina dah mula menjerit kegembiraan.Budak kan? Memang setiap kali bercuti. Resort atau hotel yang kami nak bermalam tu kena pastikan mempunyai kolam renang. Barulah boleh booking. Kepuasan anak-anak menjadi tanggungjawab kami sebagai ibu bapa.

Apabila selesai membersihkan diri di bilik dan berehat. Kami sekeluarga turun ke bawah untuk melihat pemandangan sekitar Lanjut Beach & Golf Resort. Kami semakin excited untuk terokai Resort ni apabila membaca brochure yang mengatakan terdapat banyak kemudahan disini.

Kemudahan di Lanjut Beach & Golf Resort

Antara kemudahan yang terdapat di Lanjut Beach & Golf Resort adalah kolam renang kanak-kanak dan dewasa,family karaoke, aktiviti berbasikal ( boleh bermain atas jalan dan dalam resort),tennis court, Futsal court, Outdoor dan aktiviti penggembaraan, team building aktiviti, Bola pantai dan bola tampar court,aktiviti berkayak,Kampung experience : clam picking,beach trawling dan fireflies tour, memancing di tasik atau memancing di pantai.

Kemudahan lain : Lanjut Golf Club, 18 hole Championship Golf course, Woodball Course, Air Strip for light air craft, Anjung Brasserie Coffee House,Cafe Strada,Grand Ballroom,Meeting Rooms, Business Centre, Convenience Store,Surau,Fitness Room,Wellness & Spa, Games Room.

Kolam Renang dewasa dan kanak-kanak

Lepas penat mengelilingi Resort ni pula.Kini tiba untuk anak-anak mandi kolam renang. Jam 5.30 petang, baru lah aktviti anak-anak. Ermm, kami laki bini, tengok je anak-anak mandi manda.Ehhe. Lupa pula nak bawa extra baju untuk mandi kolam. Takpelah, janji anak-anak gembira semuanya.

Swimming pool kanak-kanak di sini ada gelongsor kecil dan cendawan-cendawan untuk berteduh. Cetek je pool ni. Sebabnya, Furqan yang berumur 3 tahun pun dah boleh turun dalam kolam tu. Air paras dada dia. Taklah risau sangat nak lepas dia mandi dalam kolam tu,tanpa Ina turun mandi sekali.

Lebih kurang 20 minit anak-anak mandi, hujan renyai-renyai mula turun.Huhuhu~ pada awalnya biarkan sahaja. Tetapi makin lama, semakin lebat dan diikuti ribut petir sekali pakej. Oppps~ dengan kadar segera, terus ajak anak-anak naik mandi.Huhuhu~ Tetapi kami sekeluarga sambung makan petang pula di Cafe berdekatan .Eheheeh.. Strategik pula resort ni ekkk. Ada Cafe pula betul-betul berhadapan swmming pool. Memang sedap lah makan. Kami seisi keluarga order roti. Panas-panas rotinya, best pula makan roti sosej panas dan mini pizza semasa hujan dan bersama hot tea. Yeahhh! Banyak juga kami makan petang tu.Ahaks!

swimming, swimming pool, resort rompin, best resort di rompin
yayyy~ seronoknyeee mandi kat swimming pool ni
resort yang mempunyai banyak kemudahan,lanjut beach and Golf Resort

Swimming pool kat sini bersih. Cantik dan besar sangat.Anak Ina yang bongsu tu berumur 3 tahun pun boleh mandi. Jadinya, selamat untuk kanak-kanak bawah 6 tahun.Tak guna pelampung pun masih boleh mandi dia ni.

Dan paling seronok, sambil mandi di swimming pool ini.Boleh acah-acah macam kat tepi pantai pula.Sebab management sini pasangkan PA system. Lagi menghidupkan suasana Mood holiday tu tau. Selepas maghrib pula management resort ni pasangkan music Jazz pula bagi suasana dinner. music dipasang selepas maghrib dan sehingga jam 10 malam.

balkoni resort, swimming pool opposite suite, Balcony resort, swimming pool near twin suite,
anak-anak berehat di balkoni waktu malam

Relaxing music

Cantik kan? Dari balkoni bilik boleh nampak dengan jelas swimming pool ni tau. Dan suasana malam di Resort ni pun sangat meriah.Ada dipasang muzik yang menenangkan selepas maghrib sehinggalah jam 10 malam. Muzik dipasang pula bagi memeriahkan lagi malam minggu di resort ini dan juga muzik bagi menghidupkan suasana dinner di cafe bawah iaitu berhadapan juga dengan swimming pool ini.

balcony suite, premium suite, bilik resort depan swimming pool, beach rompin resort
view dari balkoni

Rasa excited pula bila dapat lihat pemandangan cantik dari atas balkoni ni. Nak jer turun bilik tau untuk selfie di swimming pool tu.Tetapi apakan daya, hujan lebat dari petang tadi lagi tau. Malaslah cari pasal main hujan, kang selsema payah pula.

Resort ni pun besar. Memang seronok lah jalan-jalan mengelilingi resort ni. Memang tak puas bermalam di sini. Iyalah, semalaman je menginap haritu.Huhuhu~ aktiviti outdoor pun Ina tak cuba. Erm, Sara beriya ajak mama naik basikal mengelilingi resort ni.Tetapi mama tak boleh nak aktif sangat sebab tengah pregnant kan. Suami pula jenis takut nak main basikal,ehehe. Fobia diaa..

Dan resort ni highly recommended! Puashati sangat. Banyak aktiviti, cafe pun ada, padang golf ada.Breakfast pun banyak pilihan. Dan paling best Lanjut Beach & Golf resort ni ada pilihan bilik depan swimming pool dan juga berhadapan pantai. Best kan? Depan ada swimming pool dan belakang resort pula ada pantai.Wuhuuuuu~ memang syok sangat. Juga port terbaik bagi kaki pancing untuk melepaskan lelah seharian memancing.

slod card, alarm bilik resort, security
Sistem canggih di Lanjut Beach & Golf Resort
canggih sistem di resort
semua suis semuanya control di sini
padang golf 18 hole, Resort lanjut, golf

belakang resort ada pantai di Lanjut beach resort
best wooo, belakang resort ada pantai. Boleh mandi sini pula
Lanjut Beach & Golf Resort

website Lanjut Beach & Golf Resort : https://www.lanjut.my/

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *