lifestyle

Menyertai Rombongan Sambut Menantu

Sabtu yang lepas adalah hari menghantar pengantin perempuan iaitu majlis sambut menantu di sebelah kampung Ubai.2 pupu Ina lah tu.. ehehe.Alhamdulillah, selamat dah hantar sana.

Jarak dari Kuantan tu tak jauh pun.Hanya sejam lebih, sebab di pandu oleh abah. Ehehehe Bak kata orang kelantan, berambi bawa kereta.Asalkan sampai ke destinasi di tujui dengan selamat.Sudahlah kan? Hihiks~

Pada mulanya Ina nak drive sendiri sahaja. Dengan kereta kancil purple.Tetapi kebetulan suami pun nak gunakan kereta kancil tu.Kereta hitam dia rosak pula time Ina nak gunakan.Makanya, terpaksa lah Ina bersama anak-anak menumpang kereta abah.

Haihh,masalah apalah yang menganggu ni. Taip dah 2kali jadi refresh pula. Habis hilang satu perenggan, apa yang di taip tadi.. Stress betul lah.

nenek, mak, mama
bersama mak

Sementara menanti Pengantin bersiap

Di homestay tersebut, sempatlah makan buat kali ke-2. Hihihi~ Dah di pelawa makan. Mestilah kena makan, takkan nak tolak kot.Tak baik kot menolak rezeki yang ada di depan mata. Kali ke -2 ni makan nasi lemak orang pekan dan roti. Kenyang lah, sementara nak tunggu berarak jam 12.30 tengahari tu.

Itu gambar kat atas tu, sementara menanti pengantin bersiap. Sempatlah bergambar dahulu.Ahaks~ dan macam biasa lah, jika tengah sibuk begini.Mesti ada approved draft dari client.Maka kelam kabut lah nak update lagi di Instagram task tersebut.Huhuhuh~ nasiblah yerkkk.

siblings, partner in crime, adik beradik perempuan, adik-adik

Bergambar bersama adik-adik pula. Ina anak nombor 3. Yang sebelah kiri tu pula bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada bulan Disember 2019.Huuu~ dah tak lama lagi dah. Di sebelah kanan pula masih available.Ahaks~

Kami sampai di rumah pengantin lelaki pada jam 12.30 tengahari dan rombongan terus di pelawa untuk makan. Masakan best.Ada nasi minyak dan ulam-ulaman. Kebetulan Ina ni mengidam sambal belacan, semangkuk jugak lah Ina makan ratah bersama timun.Heaven betul bila dapat makan tau. Perghhh! Nasi minyak pula di gabungkan bersama.. ada pencuci mulut,kuih akok, bubur kacang dan sebagainya.

Ermm,jangan di tanya kenapa muka Ina macam tu ye? Puas dah berposing dengan adik-adik ni ha. Skrin jer tak retak.Ahaks~ Anak-anak pun dah mula bising,katanya ala mama ni.Gambar saja..

Dress Mengandung BreastFeeding Friendly

Okay, baiklah. Pabila Ina mengenakan dress mengandung ni kan. Ramai pula yang bertanyakan. Kat sini Ina nak share dengan korang, Ina beli dress ni dengan @nuraff.Shop . Banyak lagi baju ibu-ibu mengandung dan dress yang dijual tau.

Apa yang Ina berpuashati sangat dengan dress ini adalah. Dress ni dari material kain moss crepe. Tak jarang langsung,tak melekap pada tubuh badan,kain sejuk, ada zip untuk breastfeeding, dan paling Ina jatuh cinta sangat adalah dress ni mempunyai kemasan yang cantik di lengan. Cantik sangat! dan getah di pinggang bukannya bertali. Kain pun labuh,memang selesa lah semasa mengenakan.

dress, moss crepe material dress, BF dress, Dress ibu mengandung, Baju Ibu mengandung
cantik tak? Sopan kan untuk ibu mengandung pakai dress ni

dress ibu mengandung, mosscrepe dress, baju ibu mengandung sopan,
rasa macam princess pulak dahh, bila gunakan dress ibu mengandung ni.. hahaha.Selesa sangat pakai.Tu tersenyum lebar

Yang mana berkenan ibu-ibu mengandung dan sedang menyusukan tu, pergi jenguk ke laman Instagram : @nuraff.Shop

Baiklah, itu sahaja pengalaman Ina menjadi sebahagian dari rombongan berarak pengantin perempuan iaitu majlis sambut menantu di sebelah Pekan.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *