lifestyle,  parenting

Sara Nak Baby Lagi…

bersalin,mengandung lagi,stress mengandung,ReZeki mengandung,ibu bapa,baby

Berdasarkan perbualan mama dengan Sara tu.Korang rasa apa? Hihii.. Ina asyik nak tergelak jer dengan Sara tu tau.Macam excited nak ada adik lagi.Walhal bawah dia.dah ada adik 2 orang dah.Seorang perempuan (Soffea) dan Furqan yang bongsu.



SERONOK USIK SARA 



Dan sehingga hari ini.Sara tu,masih lagi tak percaya.Mengatakan di dalam perut ina ni ada baby.Hahaha.Walhal perut ina ni berangin.Jadi buncit sekejap.Sebab banyak makan pedas.Ehehehe.. Perut memang sensitif jika makan pedas.Jadi seperti ibu mengandung.Huhuhuhu.Tetapi selepas angin keluar,kempis lah perut.Sekejap jer buncit nya.. 



Tengahari tadi,semasa makan tengahari..,Sara yang berusia 6 tahun.Sempat bertanya pasal perut mama.


Sara : Mama,kenapa suka makan pedas.Baby nak makan ke?

Mama : Malas layan.Makin di layan..,makin menjad-jadi nak adik baby.Hihihihi.


Beberapa minit kemudian,Sara tanya lagi sekali.


Sara : Mama,baby tu suka makan pedas yer?


Mama : Sebab kesiankan Sara.Mama layankan aje. “Yer,betul Sara”.


Sara : Yeyyy..! Kejap mama,Sara nak dengar bunyi baby dalam perut mama..sambil merapatkan telinga nya di perut mama.



Jam 2 Petang…



Sara : Mama,Sara nak sapu losyen pada perut mama boleh? 


Mama: Sambil mengerling Sara. Ishhh.. bentak mama dalam hati. Makin di layan,semakin menjadi nak baby dia nihh.




KENANGAN SEMASA MENGANDUNG



Errr,terus terimbau kenangan lalu.Semasa ina sarat mengandungkan Soffea.Sara akan sapukan losyen setiap malam pada perut ina ni..Bila di sapu losyen.Best betul perut.Terus rasa hilang ketegangan perut ketika itu.




Untuk mengandung lagi.Mungkin tidak.Masih teringat lagi,kes di jahit hidup-hidup 2 tahun yang lepas.


Baca entri lanjut :  Serik dah bersalin!







2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *