sebeang takir

Cuti baru-baru ini kami menghadiri kenduri di Seberang Takir. Iaitu kenduri anak saudara abah.

Kami sampai di kenduri tersebut lebih kurang jam 1.00 petang. Bertolak dari Kuantan jam 9 pagi. Haaa, sampai jer di kenduri. Perut memang dah berkeroncong.Lapar sangat-sangat ni. Kebetulan rombongan keluarga pengantin lelaki baru jer selesai bertandang.Jadi, tak lah terlalu padat.Ehehehe..

Alhamdulillah, kami makan dengan tenang sekali.Walau cuaca ketika itu panas terik. Juadah pun sedap. Sebab gotong royong memasak secara beramai-ramai dengan penduduk disitu. Memang sedap. Ada gulai kambing, gulai daging, ayam masak pedas,nenas masak pedas,lauk petola masak air,sambal belacan, ulam-ulaman, dan ikan masin. Kemungkinan lauk pauk daging dan kambing sedap disebabkan penggunaan daging yang fresh dan bukanlah daging didalam kotak.

Pencuci mulut pula ialah tembikai dan aiskrim kon. Maka berebut-rebut lah orang ramai beratur di bahagian aiskrim tersebut. Matahari tengah terpacak atas kepala kot, memang lah laku aiskrim ni tau. Makanan lain pula, ada sate ikan. Best jugaklah.. meriah dengan makanan kenduri kat sini.

makan kenduri, adik beradik
Muka kekenyangan,muka keletihan iya juga ni.Dari pagi berbaju kurung.Berlengaih habis dah ni

adik-adik bersama mak
1,2,3 ready..


Kat Malaysia pun ada pantai Miami. Pantai Seberang Takir

Ahaks, bolehlah berangan macam kat luar negara ni.Hanya di Pantai Seberang Takir. Beberapa minit jer dari rumah pengantin. Panas terik,cantiklah lighting nak selfie kat pantai ni. Dengan signboard yang ada di tepi jalan ni. Jalan yang bersih, memang betul-betul memikat hati sesiapa yang memandang.

miami beach, pantai seberang Takir
mohon kerajaan negeri potong pokok-pokok yang berkenaan yang menghalang signboard cantik ni

Mudah jer nak cari pantai cantik ni. Orang sini panggil pantai VIRAL! Sebab kecantikan pantai ni seperti beradsa di Miami. Persekitaran yang bersih dan ditambah pula cuaca yang panas terik.Fuhh, memang cantik sangat lighting untuk bergambar. Semasa Ina bergambar kat sini. Bersusun orang ramai nak bergambar di sepanjang jalan.Masing-masing nak upload dalam socmedia mereka untuk dijadikan kenangan masing-masing.

seberang takir beach
Yayyy~ kami dah sampai di Pantai VIRAL seperti di Miami Beach tuu

Okay, kat sini pula.Berebut tau nak bergambar. Signboard Seberang Takir Beach. Merbahaya sedikit kawasan ini tau. Batu-batu tajam sepanjang tepi pantai ini.

pantai seberang takir, Seberang Takir Beach,Drawbridge, Jambatan Angkat Kuala Terengganu
ala, lari pula simbol LOVE kecil ni.. adeiii

Betapa indahnya pemandangan di Pantai Seberang Takir ni tau. Pantai dia betul-betul di tepi jalan. Memang jelas kelihatan sangat pantainya. Seberang sana pula Drawbridge, Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Tak jauh pun. Beberapa minit jer nak sampai ke sana.

DrawBridge @ Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Cantik kan DrawBridge ni? Bila kami melalui Drawbridge ini.Satu perasaan kagum dan excited tu. Woww~ dan adik-adik dan anak Ina pula memang excited lah sangat. Rasa kagum sangat bila di Malaysia pun ada jambatan yang canggih macam ni. Haihhh~ terus jatuh cinta dengan Kuala Terengganu ni. Rasanya nak datang lagi kesini.

Drawbridge ni, kita akan melintasi terlebih dahulu jika ingin memasuki ke arah Pantai Seberang Takir itu tadi. Ada satu video Ina dah rakam, betapa excited keluarga Ina ketika melalui jambatan ni tau. Ehehehe, tak siap edit lagi tu.

jambatan angkat,Kuala Terengganu.
Drawbridge,Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Okay, sampai kat sini jerlah kisah di Seberang Takir kami.. Kebetulan hari yang kami pergi ke Seberang Takir ni, banyak geng-geng konvoi pacuan empat roda dan motorsikal dari luar lepak di pantai Seberang Takir.Memang meriah sangat suasana disini.

Jom belanja satu video di Seberang Takir,tempoh hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!