Be Happy

semperit coklat sukatan cawan,cara buat semperit mudah,semperit resipi azlina,semperit dark chocolate

Kali ni nak share resipi dari azlina ina pula.Tetapi kali ini Semperit coklat yang Ina nak buat ni ada kelainan sedikit dari resipi asal.Best pula semperit coklat ni tau.Jom lah tengok apa bahan-bahan untuk semperit coklat ni.

Bahan-bahan Semperit Coklat


250 gram Butter ( Ina gunakan brand Anchor salted )

3/4 cawan Gula aising ( Gula aising paling mudah nak sebati dan tak terlalu manis )

2 Sudu Besar Makan Milk Powder

3 Sudu Besar Makan Dark Chocolate Emulco ( nak warna gelap lagi,sila tambah lagi )

1 3/4 cawan Tepung Gandum

1 3/4 cawan Tepung Jagung

Cara-cara Membuat Semperit Coklat

Ermm, tak tahu nak citer macam mana (sebab ada yang komen kata bunga jatuh,penyek dan sebagainya) . Tetapi nak bancuh adunan semperit coklat ni mudah sahaja.Ikuti langkah demi langkah okay.Insyallah,bunga tak jatuh dan tak penyek.

  1. Keluarkan Butter dari peti ais. Biarkan butter tu defross ( cair sedikit) bagi memudahkan kita nak satukan dengan bahan-bahan lain.
  2. Potong bentuk kiub butter tu,supaya korang mudah nak gaulkan antara bahan.
  3. Masukkan butter anchor , gula aising dan paste dark chocolate emulco . Gaulkan ia agar sebati. ( Jangan pukul dengan mixer, cukuplah gunakan senduk sahaja atau tangan : cepat sedikit cair guna tangan.Pastikan bersih tangan tu )
  4. Masukkan susu tepung dan semua tepung jagung.Gaul lagi guna senduk.
  5. Masukkan dahulu 1 cawan tepung gandum,gaul.Jika masih lembik adunan tersebut.Habiskan 3/4 cawan lagi
  6. Sapu marjerin pada dulang pembakar. Jika dulang tray hitam,dah tak payah sapu marjerin pada dulang yea.Sebab dah memang jenis tak payah sapu.HIhihi.. memang tak melekat okay.
  7. Panaskan suhu oven pada 180 darjah terlebih dahulu.
  8. Bila adunan dah jadi doh ( boleh di paipkan ) sila cuba paipkan terlebih dahulu untuk mengetahui samada adunan terlampau keras atau lembik. Jika adunan keras,sila tambah sedikit tepung jagung.Adunan lembik sila tambahan tepung gandum.
  9. Masukkan doh semperit tadi ke dalam acuan semperit dan tekan sahaja.Layan je tangan tu.Jangan paksa. Tegakkan pada sudut 90 darjah semasa menekan semperit.
  10. Jika nak tambah hiasan diatas,silakan tambah. Chip chocolate ke atau manik yang boleh dimakan tu.
  11. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

TIPS LAIN :

  1. Gunakan api atas dan bawah semasa proses bakar. Jika oven korang ada fungsi kipas,sila ON kan.Tujuan ON kipas supaya biskut raya cepat masak.
  2. Suhu oven mengikut jenis oven masing-masing.Macam Ina sendiri ON kipas, api atas dan bawah memang cepat sangat proses bakar.
  3. Semasa proses bakar ni,memang sedap sangat aroma tu.Macam kat kedai kek. Semerbak satu bau satu rumah.

adunan semperit,cara nak bancuh adunan semperit,semperit coklat sukatan cawan
tadaaa~ adunan tadi dah siap jadi doh seketul.Dah boleh paipkan ni

paste dark chocolate,pewarna biskut raya, beli bahan biskut raya
Ina gunakan paste Dark choc emulco,sebab utama dah tak payah masukkan serbuk chocolate lagi.Sebab dia all in 1. Butter Oil pun dah tak payah letak.Cukup semuanya.Bau memang wangi biskut semperit chocolate

cara buat semperit,semperit coklat cikgu azlinaina,
siap dipaipkan.Menggunakan acuan tembaga semperit acuan pecah 10

Okay,untuk semperit chocolate ni.Ina gunakan acuan tembaga.Rasanya tahun 2016 beli pada harga RM 20 Jika tak silap.Best guna acuan semperit ni.Tangan langsung tak sakit semasa menekan.Bunga pun cantik acuan ni.Kalau korang nak cari acuan tembaga ni,sila cari di kedai bakery.Pasaraya tak jual.Adapun dorang jual jenis plastik.

semperit coklat,semperit azlina,cara bancuh semperit,semperit tak penyek dan kembang
Ehhh,ni bukan bunga lawang tau.Hahaha.Semperit Chocolate niii.

Daripada resipi ini.Dapat menghasilkan 130 pcs semperit chocolate.Tapi tengok juga lah korang punya bunga semperit tu saiz besar mana.Picit besar,sedikit lah dapat.Tetapi saiz Ina ni comel-comel,hahaaha.Duk paipkan semperit sambil anak bongsu yang umur 3 tahun tu kacau.Huuuhhh.Siap juga.

Sempatlah bagi sebalang kepada mak mertuaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!