semperit klasik,cara buat semperit,belajar buat semperit,semprit mudah,sukatan cawan biskut raya

Haritu dah buat biskut dahlia.Petang semalam nak habiskan stok butter yang ada di dalam peti.Maka,terhasil lah semperit.Lagipun ceri pun masih banyak.

Bahan-bahan Semperit Klasik (Sukatan cawan)

250gm buttercup ( tak kisah jenama,asalkan butter)

2 biji telur (kuning sahaja)

3/4 cawan gula aising

1 Cawan Tepung gandum

1 Cawan Tepung Kastard

1 Cawan Tepung Beras

1 Cawan Tepung Jagung

1Sk Esen Vanilla

Ceri Merah ( dipotong halus)

acuan semperit pecah 12

Cara-cara Buat Semperit Klasik

  1. Ambil telur kuning sahaja 2biji ( telur putih asingkan ).
  2. Masukkan butter yang telah dikeluarkan dari peti ais (defrost)
  3. Masukkan gula,telur dan butter pukul dengan menggunakan senduk sahaja.Memadai dengan pukul manja sahaja.
  4. Bila dah sebati bahan diatas,terus masukkan tepung jagung,tepung beras,tepung kastard dan juga tepung gandum.
  5. Jika adunan masih lembik,sila tambahkan lagi tepung gandum secara sedikit demi sedikit.Sehingga adunan boleh dijadikan doh atau diterap.
  6. Jika adunan keras,tambah butter sedikit.
  7. Sapu tray dengan sedikit marjerin. Atau jika jenis tray korang bewarna hitam tu,jangan sapu marjerin dah.
  8. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah. Jika oven mempunyai fungsi kipas,sila ON switch kipas.Gunakan api atas dan bawah.
  9. Bakar biskut selama lebih kurang 30 minit atau sehingga biskut masak.
semperit tak patah,cara buat semperit klasik,semperit mudah,sukatan cawan biskut raya,semperit

ceri tak senonoh,anak dara yang berusia 4 tahun yang letak.

Tips Menghasilkan Semperit Klasik

  1. Masukkan pewarna kuning,jika inginkan biskut sedikit kekuningan.
  2. Gunakan gula aising,jika korang jenis malas macam Ina.Dah tak perlu blender lagi.Lagipun,gula aising rasanya yang kurang manis.Biskut pun cantik tekstur dia.
  3. Ada yang bertanya pada Ina kenapa dia buat semperit,bunga jadi jatuh.Tak kembang terletak macam Ina.Tips dia adalah terletak pada adunan semperit.Jika korang banyak masukkan tepung jagung,dia akan lembik.Bunga tak cantik!
  4. Semperit klasik ni juga,tekstur dia tak mudah pecah dan berderai.Ini bukanlah bermakna keras kejung,tetapi cantik terletak mekar bunganya.Korang faham? Tak faham,sila rujuk gambar.
  5. Cara menghasilkan bunga semperit adalah dengan sudut 90 darjah korang paipkan adunan semperit.Jangan paksa,just layankan aje gerakan bunga itu tadi.
  6. Gunakan butter,jika gunakan marjerin.Dikhuatiri rasa yang mengecewakan.Butter ada pelbagai jenis iaitu scs dan anchor.

Akhir kata,selamat menikmati biskut semperit klasik ini.

One thought on “Semperit Klasik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!