lifestyle, parenting

Sepetang di Pusat Rekreasi Taman Bandar Indera Mahkota,Kuantan

taman permainan,zumba,Tempat berjogging di Kuantan,Taman Bandar Indera Mahkota,Pusat Rekreasi Taman Bandar Indera Mahkota Kuantan,Jogging,woodball,workout

Bagi korang yang tak biasa ke Taman Bandar Indera Mahkota,Kuantan Pahang.Bolehlah gunakan waze atau google maps dengan memasukkan lokasi “Taman Bandar Indera Mahkota”. Jika dari Beserah,mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan.

Dulu setiap weekend kami akan ke sini.Itu cerita semasa kami menjadi penduduk tetap di Indera Mahkota selama 5 tahun.Dan bila dah berpindah ke Pelindung,jarang sangat ke sini.Eheehe.Yup,,kawasan perumahan kami sekarang berdekatan dengan Tasik (track jogging) dan juga berhampiran 3 buah pantai.Hihihihi. 


MEMPUNYAI KELUASAN YANG SANGAT BESAR

Berbalik kepada tajuk kat atas tu.Taman Bandar Indera Mahkota ni mempunyai keluasan yang sangat besar.Sebab di sini juga mempunyai tasik,taman permainan,track jogging yang sangat besar (kalau jogging ni,mau setengah jam atau sejam baru habis satu round track) huhuu.. 

TAMAN PERMAINAN 

Sesuai bagi kanak-kanak bila ke sini.Ada banyak peralatan yang boleh di main.Semua peralatan masih baik berfungsi.

Gelongsor mempunyai 2 pilihan bagi kanak-kanak bawah 5 tahun dan atas 5 tahun juga disediakan.Jadi taklah berebut anak-anak ni.


anak-anak,taman permainan,rekreasi,jongket,buaian,gelongsor



Salah satu permainan yang anak ina sempat main.Hihihi..kat sini petang-petang  memang ramai.Sangat meriah kat sini tau. Pelbagai kaum ada disini. Masing-masing mengawasi anak mereka.






PELBAGAI JUALAN



Turut menjadi tumpuan para peniaga disini bagi menambah pendapatan.Bila tempat dah jadi tumpuan orang ramai.Semestinya,para peniaga turut mengambil peluang berniaga.Terdapat pelbagai aneka jualan seperti makanan dan minuman.Dan semestinya belon sabun.Hihihii..


Seperti biasa belon sabun menjadi tumpuan anak-anak ina.1 bekas jer beli..RM 4 bagi saiz sebesar 2 tapak tangan dan acuan sabun tu sewa 3 stick.Tak lah mereka berebut nanti..ehehe.


Ermmm,bahagia betul anak-anak bila dapat bermain apa yang mereka suka kan.Memamng jelas terpancar di wajah mereka


belon sabun,main di taman permainan,anak-anak,parenting blogger





belon sabun,main di taman permainan,anak-anak,parenting blogger




 TAMAN BANDAR INDERA MAHKOTA,KUANTAN DAN TRACK JOGGING



tasik buatan manusia,boat,sewa boat di taman bandar indera mahkota




Agak besar track jogging di sini.Huuuuhhh..Ina bersama 3 orang anak-anak memang tak sanggup ikut suami jogging.Huhuhuh.Awal-awal surrender tau.Ahaks! 


Tasik disini,ialah tasik buatan..


Dengan yang bongsu tu,asyik berlari jatuh.Dah tu bila nak sampai ke penghujung..?Huhuhu.Penat tau. Itu sebab lah,ina bawa anak-anak bermain di taman permainan yang berdekatan tu.Nak bersantai di depan tasik ni? Boleh.Ramai jer yang bersantai.Tetapi Ina ni jenis tak percaya pada anak-anak.Mereka ni lasak.. Yg sulung asyik campak batu batan ke dalam tasik,yang bongsu asyik duk mengelilingi depan tasik tu.Risau pulaa.. dan Soffea pun,tak boleh percaya..Budak kan.. nasib tak selalu baik orang kata.


Sudahnya ina tak jogging lah kat track tu.Hanya workout dirumah sahaja lah.. Hihii..


UDARA SEGAR,TUMBUHAN MENGHIJAU

Tempat ni,best sangat tau.Dengan tumbuhan menghijau,udara pun fresh jer.Dalam banyak-banyak tempat rekreasi di Kuantan.Taman Bandar Indera Mahkota adalah satu-satunya tempat yang sangat best.Walaupun kedai makan tiada disini.Yang ada hanyalah penjual kecil-kecilan sahaja.Kenalah tu kan? Niat datang ke sini nak sihat.Bukanlah nak makan.


Port selfie pun cantik kat sini tau.. menghijau betul.Geram tengok gambar.. ahaks!


Dan untuk pengetahuan korang,ada satu kelas zumba di belakang taman permainan.Tapi tak pasti ia berbayar atau percuma.Ramai yang sertai.. para ibu-ibu lah kebanyakan.


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *