pelajar sekolah,sekolah,sesi persekolahan darjah satu
parenting

Sara di Hari Pertama Persekolahan

Alhamdulillah.. hari ini sudah memasuki hari ke-2 sesi persekolahan Sara.Semalam kami (suami isteri) hantar Sara ke sekolah tepat jam 7.15pagi,hihih.Itupun sudah jam (sesak) jalan di depan perumahan berhampiran sekolah Sekolah Kebangsaan Pelindung,Kuantan.

Berdebar sebenarnya Ina ni ha,sebab semalam adalah hari pertama juga Sara memasuki ke darjah satu.Risau sangat-sangat..,ehehe.Abah dia langsung tak de apa reaksi.Agaknya semua title ayah-ayah macam ni erk?? Dia rileks aje,langsung tak menggelabah.Mama jer kecut perut ni,dalam kepala sentiasa fikir ( anak nak ke tandas,waktu rehat anak dan paling risau sekali adalah risau jika Sara tu tersilap masuk kelas).Oh,tidak! Hahaha~ Ini kisah Ina waktu kecil.Cikgu beri arahan supaya masuk ke kelas masing-masing,yang Ina ni pula masuk ke kelas orang lain.Kelas sebelah jer.. ( betul-betul tinggal kenangan,sehinggalah sekarang )

Oleh sebab tak mahu Sara tu menangis,mana lah tau.Tiba-tiba dia main drama ke? Erkk,sebenanarnya mama yang berair mata ni..ekeke.Tapiii…haaa,macam mana pula.Walaupun sebelum-sebelum ni Sara tak pernah menangis.Tetapi risau juga,kang meraung.Susah! Tetapi kan,sepanjang Ina berada di sekolah semalam.Langsung tiada drama airmata dari pelajar darjah satu.Semuanya bagus sekali.

Ruangan Menunggu Penjaga di Pondok

Tepat jam 12 tengahari,Ina bergegas keluar rumah bagi mengambil Sara di sekolah.Dua orang anak lagi iaitu Soffea dan Furqan turut di bawa bersama.Ikutkan nak keluar ambil Sara lambat sedikit (sebab tak mahu menunggu begitu lama di sekolah tersebut),oleh sebab dah plan nak masuk ke sekolah,itu lah yang datang awal.Tetapi hampa,tak boleh masuk ke dalam sekolah.HUhuhuhu~ hancur harapan tau! Ekekeke.

Makanya,tunggu lah di pondok luar sekolah.Ramai penjaga yang menanti kepulangan anak masing-masing di situ.Tepat jam 1.00 petang,barulah budak sekolah pulang.Tetapi dilepaskan secara berperingkat iaitu mengikut kelas masing-masing.Dan jam 1.00 petang adalah waktu pelajar darjah satu pulang.

penjaga,ibu bapa,parents mengambil anak ke sekolah

Tamat Sesi Persekolahan Jam 1 Petang

Yup,seperti yang diberitahu tadi.Semua pelajar akan dilepaskan mengikut tahap ( darjah 1-6) supaya keadaan terkawal.Eheheeh.. terima kasih juga kepada guard yang mengawal keadaan.

murid sekolah,pelajar beratur untuk pulang,waktu habis persekolahan

Tepat jam 1 tengahari,pelajar darjah satu dilepaskan.Kemain seronok lagi anak-anak apabila dibenarkan pulang.Ibu bapa yang menanti,lagi lah seronok.Macam lama jer berpisah dengan anak.Ahaks! Masa ni,semua ibu bapa sedang sibuk menanti anak masing-masing.

murid sekolah,pelajar sekolah rendah

Puas juga menunggu giliran Sara.Dalam hati tetap risau ni.. “Mana lah anak aku nihh, tak nampak lagi muka niih”.Haihh! Lama tunggu,akhirnya muncul Sara.Tarik nafas panjang mama nihh tau..

murid sekolah,pelajar sekolah,sekolah,sesi persekolahan darjah satu

Oleh sebab takut Sara tak nampak,dengan segera Ina jerit memanggil nama anak.Hahaha~ Lantak lah orang nak pandang ke apa.Hihii.. Risau dia pergi ke mana jer tu.Budak-budak lain ramai tu. Mujur lah Sara dengar suara mama ni haa.

pelajar sekolah,murid sekolah,budak sekolah,sesi persekolahan darjah satu,darjah satu,sekolah kebangsaan Pelindung,SK Pelindung

Lega sangat,bila dah dapat bawa pulang Sara.Maka tamatlah hari pertama sesi persekolahan Sara buat kali pertama berada di darjah satu. Kejap jer awak dah besar Sara,sebelum ni Pra-Sekolah..

Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!