lifestyle

SIAPA SAYA? Salam Kenal

PENGENALAN

saya Nor Azlina, boleh panggil ina. Berasal dan menetap di Kuantan,Pahang.Seorang housewife.Berumur 30tahun pada bulan November 25.Dengan ketinggian 161cm ..(5kaki kot..) Mempunyai 3 cahaya mata (2 perempuan dan seorang bayi lelaki).Juga seorang isteri kepada En Z..

PELBAGAI

Macam macam ina cuba bagi menampung kehidupan sebagai seorang surirumah.Dari menjual produk kecantikan,kesihatan dan makanan.Semuanya hanya suka suka sahaja.Demi memenuhi waktu terluang.Kali terakhir sebelum menceburi dalam bidang blogging,ina menjual roti setiap petang.Tetapi,disebabkan beberapa kejadian.Ina berhenti menjual bukan sebab tidak laku ye..tapi,ina jadi tidak sihat setiap kali ingin menjual.Bayangkan tengah menguli roti,kepala sakit dengan secara tiba tiba pula.Sakit bukan biasa biasa,kepala terasa macam nak pecah.Sekarang buat roti pun hanya untuk makan makan aje..okay pula.Tapi ina tidak lah menuduh sesiapa.Kemungkinan ina tidak cukup rehat.

TAHUN BARU ISLAM

Ina bertekad untuk lebih serius dalam penulisan melalui blog .Blog ini dari tahun 2013 lagi,ina dah create.Rugi rasanya kalau ditinggalkan begitu sahaja.Kalau korang nampak entri entri lama tu..(dalam proses delete entri yang tidak berkaitan) sila abaikan ya.Hihihihihihi.. Sekarang memang ina gigih dalam dunia blogging..suka blogwalking ke blog kawan kawan baru.Sikit saja lagi,ina nak make over blog ini dengan Sis awa..ehehehe.

BLOG INI

Untuk pengetahuan korang,blog ina lebih fokus kepada makanan,gaya hidup (lifestyle),Tips,kecantikan dan kesihatan.Bercakap mengenai kesihatan,ina suka buat tutorial video urutan.Tidak kisah lah,urutan wajah mahupun urutan bagi melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh badan.Setakat ini,sudah ada beberapa video di instagram dan youtube ina upload..alhamdulillah.Sekarang ni,sudah jadi macam habit bagi ina tentang urutan.

MASIH BARU

Korang kalau tengok video ina,jangan macam macam pula yee.Heee..sebabnya,ina urut dan sebelah tangan lagi duk pegang fon untuk merakam.Agak kurang memuaskan lah kualiti gambar tu.Sebelum tu,ina nak minta maaf dulu ya..atas gambar yang kurang jelas.Atau korang ada cara tak ye macam mana nak rakaman dengan jelas? anak masih kecil. Suami? Bo layan katanya.. hihihiks

REVIEW

Sebagai suri rumah,nak lah juga merasa income sendiri kan.Macam ina,ina sudah tak buat lagi ape jenis jualan.Lebih berminat sebagai penulis blog dan sedikit sebanyak menghasilkan pendapatan dengan review produk di blog serta instagram.Dulu create instagram hanya suka suka jer tau,tak sangka ada yang nak beriklan.Alhamdulillah.Follower di instagram hanya 2.8k ,ada yang percayakan servis ina.Terima kasih banyak semua customer.. tanpa sokongan korang,takdelah ina dekat Instagram itu.Platform instagram ni,ina tengok semakin penting.Pengiklanan boleh pergi ke serata dunia hanya dengan hashtag sahaja.Em..percayalah.Memang seronok..

Collaboration

Khas kepada mereka yang nak berkerjasama atau pengiklanan dengan ina bolehlah emel ke norazlinaina323@gmail.com Instagram : Sang_aura

Okay..,itu saja lah setakat ini.Ehehehehe..Salam kenal buat semua.Moga rezeki kita semua dalam  blogging semakin murah.

gambar tiada kena mengena yaa

You may also like...

19 Comments

  1. Avatar

    SAlam kenal… InsyaAllah apa yang disusun kehendakNya, rezeki jua diberiNya… setiap yang Allah susunkan terbaik tuk Ina… cuba pagari dengan Ya Hafiz Ya Muhaimin apa-apa aura negatif….

  2. Avatar
    Innanie Ariffin says:

    Salam kenal sis. Semoga terus istiqomah dengan blog & dapat hasilkan entry yang baik-baik!

  3. Avatar

    Salam kenal. Saya pun masih baru dalam berbloging..semoga terus rajin dan maju jaya.

  4. Avatar

    nice knowing about you 🙂

  5. Avatar

    Salam kenalan juga buat blogger dari pantai timur kita pun orang Pahang juga hehehehe…

  6. Avatar

    Salam perkenalan dari #makanakempat 😊

  7. Avatar

    Salam kenal dari saya rabia

    robiahtul.blogspot.com

  8. Avatar

    Salam perkenalan ina. Kalau minat nak buat extra income dari rumah dan guna online sahaja, boleh contact saya ye [rawlins.una@gmail.com]

  9. Avatar

    Salam perkenalan sis. dengan exchange komen ni dapat kenal kawan-kawan blogger yang lain hehe. saya Momi dari http://www.rafzantomomi.com 🙂

  10. Avatar

    salam kenal Ina!kita banyak persamaa. housewife & pernah jual macam2.hahaha…moga bertambah rezeki ina!

  11. Avatar

    Salam perkenalan sis..Sal singgah sini ya..Sal dari salinajohari.com

  12. Avatar

    Salam kenal juga dari #diarymama.com..:D

  13. Avatar

    Salam perkenalan Ina..😊

  14. Avatar

    Salam kenal ina..saya Hilma 😊..

  15. Avatar

    Salam ta'aruf Ina, seronok baca bio data Ina. Semoga sukses

  16. Avatar

    salam kenal ina,,

  17. Avatar

    salam kenal ina, sama la dengan iday. tak minat membuat jualan, tapi more kepada penulisan. moga ada rezeki dekat bahagian tu kan. hehe

  18. Avatar
    Bro Framestone says:

    Hai… salam kenal…

    Saya Bro Framestone, just panggil Bro je…. Fulltime blogger + Househusband…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *