depan sekolah menengah sura ujung Dungun
travel

Jalan-Jalan Ke Dungun

Dungun pulak ker? Suka-suka pergi jalan ke Dungun tanpa planning.Asalnya suami nak bawa weekend tu pusing bandar Kuantan jer.Tengok wayang dan shopping sikit-sikit.

Macam biasa,dah bosan kan.Asyiik itu saja aktiviti kami sekeluarga.Pujuk suami cakap nak berjalan jauh sikit.Balik hari pun takpe ke Kuala Terengganu ni.Terus suami cakap,ON.Apalagi,macam lipas kudung packing baju-baju ni semua.Hahahaha.Maklumlah,minggu satu lagi tu suami outstation.Jadinya, dia redeem awal-awal short vacay kami sekeluarga.

Minggu lepas punya cerita okay.Hahahaha.. malas nak update blog lah katakan.Sebab mouse rosak,lagipun tidur umah mak lagi.Malas nak serabut kepala.Kiranya berehat betul Ina masa tu..heeee

Plan Berubah ke Dungun

Dari rumah memang nak ke Kuala Terengganu.Hihihi..tiba-tiba berubah plan apabila sampai ke traffic light Dungun.Ahaks! Adeii,cepat betul berubah fikiran kan Ina nii? Boleh pula ubah plan,bila ternampak signboard Ulek Beach Resort   .  

Ala,bila dah sampai ke Ulek Beach Resort tuu,bilik semua full.Adeiii! Cuti sekolah kot.Memang lah penuh.Hampir sejam juga tunggu kat resort tu,dengan harapan ada lah bilik kosong.Huuuu.. memang takde lah rezeki nya. Tapi sempat lah snap beberapa photo kat resort tu.Cantik sangat weiii dia punya view kat situ.

lokasi shoot untuk pengantin di dungun,dungun

Hari seterusnya sebelum pulang ke Kuantan,sempatlah berposing kat pokok-pokok rhu ni.Cantik tak view kat sini? Depan sekolah Menengah Sura,Dungun

ada budak perasan cantik agaknya bila sampai kat lokasi berhadapan SEK MEN Sura ,Dungun

Cantik tak view kat sini? Ehehe. Mula tu cari resort kat area Dungun ni.Dah ternampak view cantik ni.Lepas pusing-pusing,dah tak jumpa.Hahahaa.Rupanya view ni berhadapan Sekolah Menengah Sura Ujung ( kalau tak silap nama dia ujung). Cantik sangat. Ramai yang berhenti kat tepi ni untuk bergambar sebagai kenangan.Dan tempat ni juga menjadi pilihan untuk outdoor photoshoot bagi pengantin baru.

bermalam di dungun,hotel depan laut,dungun

Kami bermalam di hotel uitm jer.Kebetulan ada bilik kosong kat hotel ni.Boleh lah,view pun cantik.Pilih bilik yang ada balkoni,tetapi tak syok pula sebab ada anak-anak kecil.Asyik nak memanjat aje di balkoni,sudahnya Ina kunci pintu sliding tu.Hihiihi.. duduklah tengok view luar tu dari dalam bilik sahaja.

dungun,lokasi hotel depan laut di dungun
view dari hotel uitm Dungun

Sebenarnya ada banyak pilihan chalet dan resort berhadapan pantai Dungun ni.Homestay pun banyak kawasan sini.Tapi tak pasti lah ada kekosongan ke tidak bila cuti sekolah kan? Macam Ina ni,last minit jer terjah ke sini.Hotel Uitm lah kebetulan ada kekosongan.Mujur sangat dah.. RM 170/malam.

bersama blogger terengganu, jumpa blogger dari terengganu,blogger dungun
CAKK! selfie bersama blogger Terengganu

Bila dah sampai ke Dungun.Terus call bagitau blogger eyqa hasnan.Terkejut dia bila bagitau dah sampai ke Dungun.Ahaks! Sorry lahh,kita ni memang tak suka planning.Sebab selalu sangat tak jadi aje.Heee.. sorry tau.

Erkk,tudung punhabis di tiup dek angin pantai.Hihihii.. Seberang jalan sana,pantai tau.Kami bergambar di tepi jalan tu betul-betul laluan utama kereta lalu lalang situ.Best tau duk kat sini lama-lama,rasa nak tertidur pula dah.

Nor Azlina

Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *