parenting

tabiat Sara sebelum tidur

Assalamualaikum dan selamat petang.. petang nie banyak happy.Bukan baru dapat gaji. Tapi baru lepas siapkan Biskut Kacang.. ni baru duk santai-santai sambil menunggu suami pulang kerja.Hihihihi… resipi ambil kat entri seterusnya yea.Jap lagi ina tulis.

gambar budak bermain di taman,kanak-anak,kids
maaf..gambar memeningkan kepala

okay.. berbalik pada tajuk entri . Ina baru perasan, pelik betul anak daraku ini.. hihihihi( anak dara tuuu..tak boleh tahan. Baru je umur 2tahun.hahaha). Semenjak 2 hari kebelakangan ini, sara bersikap kepelikan.. biasa sebelum tidur, dia suruh tepuk peha atau pampers.Kali ini bukan.. sara masukkan jari  dia ke dalam mulut mama. Aduiiii… anak. semakin pelik kamu ni ye nak. Jari masuk ke mulut mama, sambil meraba raba gigiku. Maybe sara nak kira gigi mama kot.. bila mama larang, dia menangis. Dia punya belek, dah serupa macam doktor gigi pulak dah. Haihhh.. bila dia puas belek.Dia tertidur sendiri. Tak selesa mama tau… anda? ada tak pengalaman pelik-pelik anak sebelum tidur? meh share kat sini…

Nor Azlina

Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *