Be Happy

Soffea dan tadika affan , 5 tahun perlu ke sekolah tadika

Tahun depan 2020, anak Ina yang nombor 2 iaitu Nur Wardina Soffea sudah berumur 5 tahun.Makanya, sudah tiba masanya daftarkan anak ke sekolah tadika.

Ikutkan di hati nak jer masukkan Soffea tu di sekolah PASTI seperti Sara dahulu.Tetapi apakan daya, ada kekangan pula. Kekangan yang tak dapat dielakkan. Dan tahun depan juga lah Ina akan bersalin pada bulan 3. Suami pula, adakala bekerja di luar kawasan. Jadi kami suami isteri memang tak nak susahkan sesiapa untuk mengambil pulang Soffea.

Oleh sebab itu, suami terpaksa lah mendaftarkan Soffea ke tadika yang betul-betul berhadapan rumah iaitu seberang jalan sahaja. Macam mana pun, kena lah juga susahkan cikgu tadika dia untuk hantar Soffea pulang ( melintas jalan je beberapa langkah sudah sampai ke rumah Ina) elama tempoh Ina berpantang kelak.Hihihih~ Sudah takde pilihan katakan.

Yuran Affan

Pendaftaran di tadika Affan agak sedikit mahal bagi kami tetapi alhamdulillah, masih boleh lagi untuk anak yang ini. Lagipun feedback orang ramai kata bagus. Setiap hari, memang akan Ina dengar pagi-pagi cikgu tadika ni mengajar membaca dan mengeja.Kadang kala cikgu ajarkan ayat lazim serta DOA kepada anak-anak ini juga.

Jadinya, takde masalah.Berbaloi lah dengan wang yang dilaburkan demi anak. Keseluruhan pendaftaran tahunan adalah sebanyak RM 1526. Dan bulanan pula RM160.

Soffea ni dulu, bercakap pun malu-malu.Tetapi sekarang petah bercakap.Cumanya dia ada slang pelat lah sedikit.Hihihi~

Dengan harapan Soffea dapat belajar dengan gembira tanpa ada masalah kelak di Tadika Affan. Soffea pun dah bebas pampers dari usia 2 tahun lagi.Nak tau tips berpisah pampers seawal 7 hari? Boleh baca di SINI

soffea nak masuk tadika, Tadika Affan pilihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!