• ekzema,anak ekzema
    parenting,  parenting blogger

    Ohhh,EKZEMA anakku ini

    Ohhh,EKZEMA anakku ini | Sungguh tak sangka,sebenarnya Sara anak sulung Ina yang kini berusia 7 tahun baru sahaja disahkan mempunyai penyakit kulit iaitu Ekzema. Sebenarnya,di usia 6 bulan lagi Sara sudah pun mempunyai alergik telur.Satu hari itu,ada benjolan semacam bisul yang timbul di permukaan kulit pada bahagian belakang leher Sara.Waktu itu,Ina tak kisah sangat lah.Kan.. bisul jer.Tunggu dia pecah sendiri.Ketika itu,langsung tak tahu lagi bahawa Sara ni alergik terhadap telur.Dan satu hari,Sara ni makan banyak telur rebus..(makan pun sebab menghadiri kenduri kahwin,jadi memang banyak la dia ni habiskan telur tuu). Keesokan harinya,benjolan seperti bisul itu bernanah dan semakin membesar.Kesian pula, semasa Sara berusia 6 bulan.Ina memang sedikit sibuk,mengejar duniawi.Aktif berniaga..…

  • kesihatan,  lifestyle

    Kemurungan boleh bawa MATI

    Umum sudah tahu, semakin hari.Semakin ramai yang mati akibat Depression.Ehhh, korang tau tak depression tu ape ye? Sebelum pergi jauh lagi,meh ina bagitahu dahulu apa sebenarnya depression ini. DEPRESSION ( Kemurungan ) Kemurungan atau depression adalah satu istilah perubatan yang menggambarkan perubahan emosi yang keterlaluan. Ia bukan lagi emosi normal tetapi suatu penyakit yang perlu dirawat.   depression (kemurungan) Depression atau kemurungan datang dalam pelbagai situasi masalah.Misalnya..,seorang individu yang bujang.     Situasi 1:   Kerap di tanyakan soalan “Bila nak kahwin? Nanti jadi anak dara tua. Kata seorang hamba allah kepada si polan tersebut.Hari-hari tanya benda yang sama.     Situasi ke 2   lambat mendapat anak    …

  • kesihatan,  lifestyle,  parenting

    2 Sebab mengapa Ibu Mengandung jangan terlalu ikutkan keinginan dan mengidam

    Lama dah tak bersiaran di blog ini.. ehehe.Minta ampun ya..,ehehe.Sebenarnya,topik entri ni ina nak membebel aje tentang kehamilan.Memang banyak la pantang larang bagi ibu mengandung ni tau.Terlalu banyak.. tetapi kalau korang rasa taknak ambil tau dan cakna.Dipersilakan..tapi jangan masa tu korang nak menangis ke ape.. memang dah terlambat.Semuanya tentang kehamilan.. scan kandungan Okay,sebab apa ina nak bercakap tentang tajuk ni?? Ina bukan lah pakar penasihat,jauh sekali doktor. Tetapi ina rasa bertanggjawab untuk menegur.Sebab ina kesian sangat tau.Ada ibu-ibu muda,dan yang mana sudah jadi ibu,tetap taknak ambil tahu tentang ini.Bila ditanya,ehh..mengidam.Teringin katanya..haaa. Tambahan lagi,ina tak mahu la.Di sebabkan korang mengidam.Korang makan benda-benda tak sihat semasa mengandung.Iya,memang sedap..tetapi sedapnya hanya sekejap sahaja.Dan…

  • kesihatan,  sakit kepala,  urutan

    Urutan Buang Angin di kawasan Kepala

    view meningkat Lama betul ina tak buat rakaman di youtube ni tau..Lama sangat-sangat.Petang semalam,tiba-tiba nak intai akaun youtube.Sekali tengok..,boleh cecah sehingga 1000 view bagi tutorial ini sahaja.Tutorial lain takde banyak camni. Kalau korang nak tau kan..ina memang suka sangat lakukan tutorial mengenai kesihatan iaitu urutan.Ina belajar dari youtube juga ni ilmu tentang urutan.Tetapi ada juga yang bertanyakan kepada ina,ina ni ada ambil kelas urutan ke? Heeee,,semuanya dari minat dan bosan sebenarnya.Maklumlah..housewife kan.. maka,terhasil lah youtube dan blog ini. Setiap hari ina lakukan urutan kepada anak-anak dan suami.Suami lah orang pertama yang sudi offer diri.Heeee..mereka la yang jadi bahan ujikaji ina dalam massage. Kadang-kadang urut kaki suami,hilangkan kaki penat  dan tak…

  • kesihatan,  lifestyle

    6 PUNCA UTAMA anda Mudah GEMUK ketika di PEJABAT

      PUNCA UTAMA GEMUK Di PEJABAT Penyebab Berat Badan Meningkat CareerBuilder.com telah melakukan kajian untuk mengetahui penyebab seseorang itu gemuk ketika berada di pejabat. Antaranya ialah: 1. Makan Kerana Stres Kajian yang dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37% responden mengatakan stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat sehinggakan anda ingin mengambil makanan yang enak. Ketika stres, jangan sesekali terus mengambil kerepek kentang atau biskut. Sebaliknya, cubalah untuk menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan sebanyak 5-10 kali. Jika ingin juga mengunyah, bawalah snek sihat dari rumah seperti kacang atau buah-buahan. 2. Makan Tengahari Di Luar Sebanyak 20% responden mengatakan makan tengahari di luar pejabat turut menambahkan berat badan. Ini…

  • kesihatan

    Tanda tanda SKIZOFRENIA > Penyakit Jiwa

    Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai “the schizophrenias,” (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang. Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih…

  • kesihatan,  lifestyle,  pantang setahun

    1 TAHUN BERPANTANG MAKANAN

    baca dulu entri lepas : The Power Of BERPANTANG Alhamdulillah, pada 15 Oktober 2017, baru baru ini. Ina sudah melepasi fasa berpantang bagi tempoh membaik pulih dalaman badan..ehehehe.Okay, dengan ini.. secara  rasminya ina sudah boleh makan PULUT…wowww!! Haritu scroll Facebook, instagram aje..orang duk post gambar pulut. Cendol pulut, pulut kuning, pulut ikan masin..dan segala jenis pulut lahh..Haihh..betul betul menggugat iman ni..Time tu jugak, lahh ina nak langgar pantang.Time tu jugak..malam malam rasenya nak memasak pulut.Kiranya dapat makan pulut kosong pun jadilahhh yerkk. Hihihihihi.. kalah orang mengandung yang mengidam kan? heee.. tapi tapi..,ina bukanlah mengandung tauuu… TIDAK sama sekali. pulut panggang   pulut panggang.jpg   pulut.jpg Semasa tempoh berpantang makanan selama…

  • kesihatan,  stress

    5 TIPS atasi STRESS!!

    hai.. Semoga korang sihat sihat hendaknya. Alhamdulillah.Kali ini ina nak berkongsi dengan korang semua mengenai STRESS..Harap korang jangan stress pula yea baca entri ina ni.heee..   stress   Kenapa  STRESS? Macam mana boleh STRESS?? Okay..satu persatu ina akan kupas mengenai stress.. STRESS  Stress ialah  istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya. Gejala stres ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Dari sini la bermulanya STRESS terjadi. PUNCA STRESS  Terlalu inginkan kemenangan  Bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan  Sifat terlalu mengharapkan yang terbaik  Suka mendesak  Risau keterlaluan Tidak mahu menerima teguran Berprasangka buruk dan berdendam.…

  • kesihatan,  lifestyle

    The Power Of BERPANTANG

    assalamualaikum..selamat pagi.Entri kali ini khas kepada bakal ibu berpantang buat kali pertama dan seterusnya.Ehehehe..sebab di instagram ade pertanyaan mengenai penjaagn berpantang.Wahh..dah macam bidan pulak ya? hihihihi. berpantang.jpg Okaylah..,berbalik kepada tajuk artikel harini.Ina sudah 3kali berpantang.Alhamdulillah..pantang masa anak pertama memang gila gila berpantang.Hardcore sungguh.Berpantang di rumah mak sendiri. Berpantang anak Sulung Mak yang jaga.Memang dahsyat weii.. Nak minum air masak,kena sukat dulu.Tidak Boleh sembarangan minum air (mak sukat..air suam dibolehkan minum semasa makan nasi je tau.Itu pun gelas (air suam dibahagi dua..jadinya air itu separuh aje). Tapi kadang kadang tu,ina curi minum jugak.Kikiki..Mana mau tahan air masak mnum sikit.Kikiki.Tapi taklah banyak sangat.Akhirnya pecah lubang,pelik..Macam mana entah,mak dapat tau ina ni pergi…

  • kesihatan

    Diabetes atau kencing manis

    Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum.. Salam malam yea semua, harini penat sikit.Lepas subuh tadi duk buat biskut raya.. malam baru Free sikit.cenonet dah tidur.. sekarang tiba waktunya buat entri pulak. Entri malam ini,tajuknya berkenaan Diabetes ataupun kencing manis.Zaman sekarang ramai  yang berisiko untuk menghidapi kencing manis. Uhhh…,takutnya. Mintak simpang malaikat 44 la yeaaaa. ngerii aihh.  APA YANG Dimaksudkan dengan Kencing Manis? Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. penyakit kencing manis mempunyai 2  JENIS ..iaitu:: Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai: Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar…