tekak loya, dry fruits, macam macam nak makan masa mengandung
pengalaman mengandung

Tekak Loya dan Pahit sekitar 19weeks | Dry Fruits juga yang di Cari

Semalam seharian loya tekak dan mulut terasa payau. Seharian tau tak? Ermm,ibu ibu mengandung jer yang dapat rasa macam ni.Uhuks! Tekak asyik nak termuntah saja.

Disebabkan tak berapa sihat semalam,memasak pun cincai saja tengahari tu.Lagipun suami kerja luar kuantan pada hari khamis. Dapatlah masak bubur nasi ikan masin talang. Awal siap masak semalam. Jam 12.30 dah makan. Juga siap awal bagi makan pada anak-anak dan anak-anak bulu peliharaan, Masak nasi bubur ikan talang ni Kot dapat kurangkan tekak yang payau tu kan. Rupanya tetap sama,tidak berubah.

Appointment 19 weeks di klinik Kesihatan

Hari Khamis juga adalah hari appointment checkup ke klinik kesihatan bagi kandungan Ina sekarang. Kandungan dah pun memasuki ke 19 weeks. Tiba-tiba pula rasa loya tekak tu datang pula. Ubat yang dibekalkan oleh klinik ada, tetapi Ina tak nak lah terlalu bergantung pada ubat tersebut.Dan kesan ubat tu boleh jadi mengantuk. Kang kalau dah makan, terlepas lah nanti appointment di klinik.

Alhamdulillah, appointment harini cepat.Datang jam 1.50 petang dan siap semuanya pada jam 2.40 petang.Okaylah tu. Appointment kali ini hanya timbang berat, ambil HB, urine test dan cek ketinggian perut.

Checkup kali ini, bacaan tekanan darah Ina adalah 87/76. Hurmm, tinggi sikit bacaan bawah tu.Kebiasaannya bacaan normal adalah pada 60 bawah dan atas adalah 120. Tetapi bacaan tekanan darah Ina ni dalam lingkungan 90 atas dan bawah 60. Kemungkinan sedikit penat harini. Itu yang turun bacaan tekanan darah. Dan HB pula 11.2 drop la sikit dari haritu 11.8.. Manakala, berat badan Ina masih kekal iaitu 51 Kg. Alhamdulillah, tak naik mendadak. Walhal makan macam-macam,hihihi.

Singgah Makan Petang

Macam biasa, jika pulang dari klinik. Mesti bawa anak-anak makan petang. Ehehehe.. lapar pula kan. Plan nak ke pantai, makan disitu.Tetapi tiada rezeki,tutup pula kedai itu. Dan Ina terus drive ke warung Kuyoe. Sudah semestinya, sampai di warung ini akan order Mee Kari. Kat sini killer menu dia adalah Mee Kari.

kanak-kanak, anak-anak, parenting, umur 3 tahun
fURQAN je yang sempat snap gambar dia semasa di Warung Kuyoe

Mee Kari sini lah yang Ina mengidam tu. Makan tiap hari pun takpe. Tak muak pun, bagi ibu mengandung macam Ina ni haa. Ahaks! Serious weii. Ada satu malam tu, Mee Kari sini kehabisan,jadinya suami beli di kedai lain. Mak aihhh, tak boleh tidur tau Ina sebab tak dapat makan Mee Kari Kuyoe ni. Keesokan harinya, cari juga Mee Kari kat warung Kuyoe ni.

mee kari beserah, mee kari warung kuyoe, mee kari belakang petron, mee kari sedap di kuantan
Mee Kari Warung Kuyoe

Tekak Payau,pahit dan Loya

Alhamdulillah, malam tadi juga suami ajak makan malam di luar.Selepas siap makan malam. Maka Ina berkesempatan mencari dry fruits. Bernasib baik sangat, kedai menjual barangan dari tanah arab masih buka.Jadinya, Ina apa lagi. Macam lipas kudung membeli dry fruits yang ada dalam kedai tu diikuti anak-anak. Oleh sebab dah makan, perut pun dah kenyang.Jadinya, nafsu membeli dapat dikurangkan.Ahaks~ jika tidak, mau dekat RM50 membeli dry fruits sahaja tau. Tengok di kedai arab semalam ni pun ada buah delima dan zaitun fresh lagi tu yang baru sampai.

dry fruits, buah kering, buahan dari tanah arab, dry kiwi , apricot dry
Dry fruits yang berjaya dibeli

Rak yang Ina tujui sewaktu sampai di kedai tersebut adalah bahagian dry fruits. Hahaha~ Nikmat betul bila nampak pelbagai pilihan dry fruits yang ada disini. Antara dry fruits Ina beli ialah dry pineapple, dry kiwi, coconut seice, Mix dry fruits, dan candy peanut. Keseluruhan berharga RM 18.00 sahaja. Puashati dapat beli tau. Sebabnya, dengan memakan dry fruits ni semua (tak habis makan pun.. simpan stok keesokan hari lahh pula). Tekak yang payau dan pahit serta loya tu dah selesai. Alhamdulilah.. mission complete dalam masa sehari sahaja. Dry kiwi paling bestt.. tengoklah kat atas tu macam mana sedapnya dry fruits tersebut.

Maka, dengan ini selesai aktiviti checkup 19 weeks dan mission tekak pahit dan payau serta loya ini. Ubatnya nak makan benda macam ni rupanya.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *