batuk berkahak
parenting

Telinga Furqan Berbau Busuk

Minggu lepas punya cerita lah.Kejadian berlaku semasa Ina tengah solat.Ermmm,Ina sendiri pun tak faham.Budak-budak ni suka sangat buat kerja time mama solat.Tak tahulah mengapa.

Kisahnya..,Furqan menangis secara tiba-tiba.Berkejaran dengan si Sara (sulung) dan membebel.Katanya..’Adik tak takut ke pekak nanti?’ . Masa ni..,Ina sudah habis solat.Tengah berdoa,tapi tak fokuslah.Dengar Sara cakap macam tu.Paniklah Ina ni ha..


Cotton Bud


Entah macam mana,cotton bud sudah berada di tangan Furqan sambil menangis.So,Ina hanya ambil cotton bud tu sahaja dan terus buang tanpa memeriksa keadaan telinga Furqan.Huhhhh! Betapa cuainya mama ketika ini.Mama langsung tidak memeriksa keadaan telinga kamu Furqan.


Darah Kering

Keesokan harinya,rutin harian selepas mandi ialah mama akan periksa telinga.Bagi membersihkan telinga (buang daki..jika ada) selepas mandi.Dan,alangkah terkejutnya ina bahawa telinga Furqan dipenuhi darah yang telah kering.

Errrrk~ masa ni jantung seolah nak tercabut.Perasaan nak menangis pun ada.Dalam hati “habis lah anak aku dah pekak lepasni”.Menggigil habis mama.

Mama cuba korek dengan Cotton bud,darah keluar.Lagi dan lagi.. bertambah lah takut mama ni.Masa ni mama tak bawa ke klinik pun.Fikir mama,mungkin telinga Furqan ni melecet seperti biasa.Macam Ina pun pernah berlaku macam ni.Jadi,Ina buat tak tahu sahaja.Sebab dah cuba periksa telinga Furqan ni,tiada langsung darah di dalam telinga itu.


Bernanah



Perbualan petang itu antara Sara dan mama..

Sara : Mama,Kakak(bahasakan dirinya) bau busuk lah Furqan ni mama.Kakak rasa,bau adik berak ni.

Mama : Periksa pampers dan tiada pun menunjukkan Furqan berak.
           (Dan mama terhidu bau busuk,hanyir.Terus tertangkap di bahagian telinga.Yahh! Betul.Telinga Furqan berbau busuk.Hanyir..)


Menggigil kali ini.Betul-betul dalam fikiran ina.Ya allah! Habislah anak aku.Telinga dah pekak.Pecah gegendang telinga.. Tuuu,sampai bernanah.(Ngomel dalam hati..)


Mama cuba periksa telinga Furqan di depan pintu sliding.(Untuk lebih jelas pencahayaan) Ternyata ada benda putih di dalam telinga.Ya allah! Masa ni tak syak langsung cotton bud di dalam telinga.Dan seperti benda putih itu adalah nanah.Sebab kecil putih di dalam telinganya.Lagi menggigil.Malam tu juga,selepas maghrib kami ke klinik.


Mama buat ujian pendengaran pada Furqan.Iyelah..,nak check samada betul pekak ke sebelah telinga kiri itu ke kan? Mama jerit di sebelah telinga Furqan.. reaksi Furqan?.. Furqan jeling je mama. Mesti dalam hati dia (“Mama,saya tak PEKAK lagi lahhh”) Hahahhhaha.


Ubat telinga

 

Ke Klinik



Sebelum kami ke klinik.Telinga Furqan ni sudah berair dan berbau busuk.Hanyir..tetapi tidak bengkak. Kerap juga lah Furqan pegang telinga dia tu dan bau.Pernah sekali,dia pegang telinga yang bernanah tu dan suruh Ina cuba bau.Iyalah,mana nak faham kan? Itu saja cara Furqan yang berusia 1 tahun 7 bulan untuk memberitahu mama.Errrmm,apa yang Ina perasankan.Badan dia panas suam-suam seperti ingin demam.Pelik juga niiii..


Dan setelah ke klinik.Barulah doktor check keadaan telinga Furqan dan dapatlah tau keadaannya.Rupa-rupanya,memang betul.Ada nanah di dalam telinga Furqan.Kata doktor,Furqan dah kena infection di telinga.Itu yang menyebabkan dia demam dan mempunyai nanah di dalam telinganya.Huuuuh!  


Alhamdulillah,telinga furqan tak pekak.Doktor bekalkan 3 jenis ubatan kepada Furqan iaitu Ubat titis telinga,tahan sakit dan antibiotik.Syukur ya allah! Betapa cuainya mama menjaga anak-anak.Mama minta maaf tau Furqan.. 


Bila Furqan dah besar nanti,bolehlah baca kenangan ni yea sayang.


 

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *