lifestyle,  parenting

Tempat Paling WOW Waktu Malam Di Kuantan Bagi Keluarga

Assalamualaikum..

Agak lama tak menghirup udara malam di bandar Kuantan.Ehehehe… Seriously,rindu sangat nak jadi kelawar.Siang kami sekeluarga duk sahaja di rumah.Dan malam,kami aktif keluar lah.ehehehe.. Jarang dah keluar malam.Bukanlah sebab apa,dah penghujung bulan October.Faham-fahamlah,musim tengkujuh dia nak maii ler.Kerap hujan malam di Kuantan.bersiap siaga lah korang yee.. 

Nak  tau ke mana kami sekeluarga santai waktu malam di bandar Kuantan? Teluk Cempedak? Ohhh,bukanlah.Musim tengkujuh tak boleh pergi ke sana.Sejuk malam-malam,ombak besar lagipun.Tak syok juga.. silap-silap demam anak-anak kan?


tempat menarik wktu malam di kuantan,taman kerang,tempat riadah waktu malam di kuantan


SIMBOLIK TAMAN KERANG 


Tada!!! Taman Kerang adalah destinasi kami sekeluarga untuk beriadah.Ala,macam Putrajaya lah juga.Cuma yang membezakan Taman Kerang dengan Putrajaya adalah dari segi keluasan tempat.Taman Kerang kecil jer tempatnya.Padat.. tetapi sangat meriah.Dengan pelbagai jualan di Car Boot Sales disini.Ehehehehe..

Buat korang pertama kali datang ke sini.Boleh lah guna landmark Taman Kerang dalam carian google maps (Oppsss! tapi,pastikan korang punya google tu di update lerrr)..Ahakss..


Taman Kerang ni sudah di upgrade kini telah menjadi cantik dan meriah dengan lampu LED disini.Ikutkan dahulu,biasa jerlah.Tetapi tempat ni juga menjadi sejarah bagi mak pak korang waktu muda satu ketika dahulu.Ala,tempat bercinta mak pak korang dulu lahh kat sini.






SEWA KERETA ALAT KAWALAN JAUH

Taman Kerang ini juga telah berubah menjadi tempat kanak-kanak bermain kereta kawalan jauh.Huhuhuhu..Seronok sangat bagi kanak-kanak jika datang ke sini tau.Anak-anak ina mereka langsung tak minat.Pernah lah satu ketika dahulu,dah siap bayar.Tapi tak mahu naik lah pula.Tak ke membazir gitu? Huhuhu..


Anak-anak ina pula lebih tertarik dengan ‘Kerang Gergasi’ tu..hihihi.Tengoklah mereka tu semua.Excited sangat! Erm…,kat dalam kolam air tu.Sebenarnya ada seekor turtle sesat.Kesian pula dahh.. ada seekor jer.Tak tahu lah makan ke tidak turtle tu.Sebab bila ina nak snap photo,dia timbul atas air.Erkkk,kemungkinan lapar lah kot.




bandar kuantan,anak-anak,percutian kuantan,tempat menarik pada waktu malam di kuantan









CAR BOOTH SALES TAMAN KERANG


Beberapa meter sahaja dari lokasi bermain kereta alat kawalan jauh.Di sini pula,terdapat pelbagai jualan di car booth sales.Jualan pelbagai dari Car Booth iaitu jenis barangan seperti tudung,shawl,kasut,kosmetik dan  makanan (Ohhh,inilah sebab utama ina nak kesini sebenarnya..muehehehe.. Point utama! giteww) 

Terdapat pelbagai makanan yang di jual sini seperti kek,donat,aiskrim,Nasi Lemak,Nasi Dagang,Nasi Minyak,Laksa Penang,Keropok Lekor goreng, dan banyak lagi lah segala jenis makanan berat dan ringan.Ehehehe.. Balik rumah,memang happy tummy lerr… Ekekeke.


Oh,ya.Untuk pengetahuan korang.Car Booth Sales di sini ialah halal punya.Bukan haram.. Erkkk! Bukan haram pasal makanan.Maksudnya di sini,semua peniaga melayu yang menjalankan aktiviti di sini semuanya tapak berbayar dari Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).Jika tak berbayar,confirm dah peniaga di sini tak senang duduk menjual kan…Haaa.Giteww. Jual dalam bonet jer.Apa kes?? Orang ramai pun tak tahu korang jual apa jika begitu.Muehehe..



Tempat Paling WOW Waktu Malam Di Kuantan Bagi Keluarga



Jika datang ke Car Booth Sales ni,memang tak terlepas keluar duit tau.Hahaha.Semua nak di beli jika tak di kawal nafsu.Hihihi.. Maklumlah,anak-anak lagi.Macam-macam dorang nak tau.Heeee..


Dah penat ronda-ronda Car Booth Sales tu,upahlah sorang satu air coconut shake.Hihihi..Rm 3 sebekas.. 3 bekas belinya.



PADANG BOLA



aktiviti di padang,mesti pergi,bawa anak-anak bermain di padang bola



Berhadapan tapak Car Booth Sales jer padang bola ni..

Anak-anak ni excited nak terjah ke padang jer tu.Ni masa mula-mula sampai tadi.Mereka dah tak sabar betul tu.Nak berlari dan berkejaran di padang bola.


padang bola,Masjid Besar Sultan Ahmad Shah,Kuantan,bandar kuantan



Jika di lihat disini,pelbagai ragam manusia.Ada yang duduk bersantai atas rumput padang.Ada yang berkelah pun ada.Ehehehe.. Pendek kata,nak main belon sabun dan melompat kat sini pun boleh di padang bola.Cuma jangan ke tengah padang jer lah.Sebab ada latihan bola sepak malam minggu.Heeeehh.

Hihhihi..Ini apa yang ina kerap amalkan.Balik dari sini,confirm anak tidur lena.Muehehehe.. 


Ohh..ya.Tapak ni lah jika pada bulan Ramadan menjadi tumpuan ramai bagi berbuka puasa di padang.Ehehehe..



MASJID NEGERI,SULTAN AHMAD SHAH KUANTAN



Jarak padang agak berdekatan dengan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah.Cantik tak? View malam di Masjid Negeri,Sultan Ahmad Shah. Mudah lah,jika korang ada aktiviti di sini,bolehlah singgah masjid untuk solat.Strategik lah juga pada bulan puasa.Selesai berbuka di padang,terus siap sedia untuk teraweh pula.



Okaylah..sampai sini sahaja entri mengenai Tempat paling WOW waktu malam di Kuantan bagi mereka yang berkeluarga.



Baca :  Suasana Malam Meriah di Teluk Cempedak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *