glue pengganti kepada jahitan, kening terkoyak, kening berdarah, terhantuk pintu kereta

Terhantuk di pintu Kereta | Tiba-tiba Furqan kesayangan bujang mama menangis dengan kuatnya. Rupanya, kepalanya sudah berdarah.Darah pekat mengalir laju.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, kami datang dari arah Jalan Beserah. Punyalah jauh kami ni nak cari kedai makan.Sampaikan terpaksa masuk ke bandar semula. Dari jam 6.30 petang sehinggalah hampir maghrib.Jumpa kedai makan di tengah bandar Kuantan.

Nak dijadikan cerita, kami sampai ke Restoran di tengah bandar Kuantan tu betul-betul hampir maghrib.Mungkin dalam jam 7 petang.Keluar jer dari kereta, Ina pakaikan kasut Furqan dan bolehlah pula dia keluar mengikut Soffea di pintu belakang. Maka,dengan kuatnya Soffea menutup pintu kereta.Dummm~ menjerit lah kesakitan Furqan itu tadi. Pintu kereta terkena kepala Furqan.

Erm, betullah orang tua berpesan. Jika waktu maghrib, duduk diam-diam di dalam rumah dan bukannya di luar rumah.Kata orang tua juga,di waktu ini syaitan dan iblis sedang berkeliaran di luar sana.

Mat Motor Yang Ambil Peduli hal Sekeliling

Ketika kejadian berlaku didepan Restoran tersebut. Ada sekumpulan mat motor yang baru sahaja memasuki parking iaitu bersebelahan kereta kami park. Dan mereka bertanyakan tentang anak kami yang sedang menangis itu. Terharu juga semasa mereka bertanya situasu mengenai anak Ina tu semalam. Ada juga mat motor yang mengambil berat tentang hal sekeliling.Terima kasih sangat! Kami laki bini separuh panik sebenarnya semalam. Terus pecut kereta selaju mungkin, bila melihatkan darah mengalir laju dari kepala Furqan.

Dalam perjalanan dalam kepala ni asyik ingatkan Hospital Tengku Ampuan Afzan sahaja (HTAA) sahaja. Tetapi risau giliran terlalu lama sangat.Darah di kepala Furqan pun semakin banyak yang mengalir. Maka suami Ina bawa ke klinik Asmara.Klinik yang terletak berdekatan Megamall Kuantan. Mujurlah klinik ni 24 jam dibuka untuk orang ramai. Berbanding klinik lain ditutup jam 7 petang. Alhamdulillah,syukur sangat.

kening jahit, kening terkoyak, kening koyak terhantuk pintu kereta
kening dia pun dah bengkak teruk ni

Sesudah sampai ke Klinik Asmara tersebut. Ina dengan segera memangku Furqan dan tunjukkan keadaan Furqan di kaunter klinik.Mujurlah takde patient lain.Dalam hati dah risau sangat,sebab darah banyak betul mengalir ketika ini.

Dan apabila giliran dipanggil masuk kedalam bilik rawatan,terus doktor mencuci darah Furqan. Furqan ketika ini macam nak menangis dah. Hihihi. Mama? Lagilah menggigil. Siap tanya lagi doktor, nak kena jahit ke ni? Muka Furqan pun dah lain masa ni tau.Siap genggam tangan mama lagi tau. Mama lepas sekejap je tangan dia, dia cepat-cepat panggil mama.

Doktor terpaksa mencukur kening Furqan sedikit bagi mengelakkan infection ( bulu termasuk ke dalam luka tersebut). Doktor hanya gunakan glue bagi mengantikan jahitan. Hampir setengah jam juga di dalam bilik rawatan tersebut. Mujurlah klinik Asmara terima kes macam ni.

Glue Pengganti Jahitan

Kos rawatan dan ubatan di Klinik Asmara ialah RM 170.00. Dan turut dibekalkan ubat tahan sakit kepada Furqan. Glue ini tidak boleh terkena air. Dan doktor juga nasihatkan Furqan supaya elakkan dari terkena air 24 jam. Glue tersebut doktor buat 3 layer bagi masalah kening yang terkoyak itu.

Settle je dari klinik ni. Kami sekeluarga terus pulang ke rumah. Nak solat maghrib lagi dan mengenangkan mood dah takde nak makan malam masa tu.Sudahnya memasak je di rumah,nasi goreng kampung. Huhuhuhu..



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!