kesihatan,  lifestyle,  parenting

10 TIPS ANDA PERLU ELAK..JIKA INGIN MENGANDUNG..

Alhamdulillah, hari ini ina nak share dengan korang TIPS mengenai Bagaimana nak Preggy cepat. Macam mana er? Adakah dengan cara bersama? Oh, TIDAK! Bukan ya, entri ini ina bagi 10 tips  untuk korang perlu ELAK jika Mahu pregnant lagi sekali ke atau buat kali PRTAMA. Hurmm..

artikel lain: CARA MENGESAN OVULASI

Tips untuk mengandung
I want pregnant

Antara yang perlu dielakkan jika anda merancang ingin hamil :-

 

1.KAFEIN

 

tips untuk menagandung,sperma aktif,ovum sihat,vitamin e untuk subur
cafein

Kurangkan pengambilan kafein, kerana kadar pengambilan kafein yang tinggi boleh mengurang kesuburan wanita.

2. DADAH / UBAT-UBATAN SINTETIK

 

ubat ubatan

Sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan. Dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil sebarang ubat jika anda merancang ingin hamil.

3.NIKOTIN/MEROKOK

 

merokok

Nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil.

4.ALKOHOL

alkohol

Mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi.

5.MANDIAN AIR PANAS

Suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.

6.PEMBERSIH ALAT SULIT WANITA

 

Cucian yang terlalu kerap boleh ‘mengeringkan’, mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan.

7.DIET

 

diet ekstrem tidak sesuai bagi yang ingin hamil

Elakkan mengawal diet secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan.

8.BERAT BADAN TIDAK IDEAL

Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif – kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi.

 

Berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan.


9.PEMAKAIAN SELUAR DALAM YANG KETAT

Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.

10.TERLALU AKTIF BERSUKAN/AKTIVITI FIZIKAL

aktif sukan

Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal / aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.

Okay, jika korang sudah baca artikel ini.Rajin rajin kanlah berkongsi pula pada kenalan korang ya.Tak salah berkongsi benda baik di social media ni.. Salam sayang dari Ina

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *