buku merah klinik kesihatan, Buku pink, rutin checkup bulanan bagi ibu mengandung
pengalaman mengandung

Salah Tarikh Appointment?? Nak salahkan tulisan ke?

Eeeeii~ Malu betul petang semalam. Bolehlah pula silap tarikh datang ke klinik kesihatan untuk check-up bulanan bagi ibu mengandung kali ini.Dushhh~

Ahaks~ sebenarnya kan, instinct dah bagitahu. Dah ada hint macam malas-malas nak klinik pada hari tersebut. Rasa lemau badan lah sangat, dan tanbahan takde siapa nak tengokkan anak-anak lagi. Akhirnya Sara jadi mangsa tak payah ke KAFA pada hari selasa.

Nasib baiklah ada Sara, anak sulung yang darjah satu tu. Tinggalkan sekejap bersama 2 orang lagi adik-adiknya. Kebiasaannya, Ina akan angkut 3 orang tu ke klinik. Oleh sebab ada appointment berjumpa doktor untuk repeat scan,makanya anak-anak semua kena tinggal.Bukan apa, risau anak-anak ni semua nak ikut masuk ke bilik doktor juga. Maklumlah, anak-anak ni semuanya excited nak tau perkembangan baby. Dan setiap kali itulah, mereka ni semua akan bertanya baby.Bila baby nak keluar? Mana baby? Adeeeiii~ Ingat semudah itu je ker anak-anak oiii? Mama nak keluarkan seorang-seorang dari perut.

buku merah klinik kesihatan, Buku pink, rutin checkup bulanan bagi ibu mengandung
Buku merah ibu mengandung

Salah Tarikh Appointment??

Hahh~ tudia. Kat atas tu ada tulisan merah. Korang ada nampak tak tu? ada tulis repeat scan 22/10 ( seakan tarikh 22/10) . Hahaha~ semasa di kaunter bahagian Ibu Mengandung dan anak-anak staf situ panggil dan tanyakan.

Bahagian daftar : Ada apa yea datang klinik?

Ina : Ni ada appointment dengan doktor ( dengan yakinnya). Sambil tunjukkan tulisan merah ni pada staff tersebut.

Bahagian daftar : Panggil staff nurse yang lain untuk pengesahan akan tulisan misteri yang berwarna merah yang tertulis (dia sendiri pun tak faham tulisan staff doktor yang menulis) . Dan, staff tersebut mengatakan bahawa, itu adalah tulisan 22/40. Iaitu bukan tarikh appointment tetapi minggu ke 22 trimester kehamilan.

Ina : Kecil besar je rasa (dalam hati berkata-kata) .

Bukan semua orang faham akan tulisan bersambung begitu. Mengapalah tidak terus terang ditulis dengan angka 22 / 40weeks. Kan senang. Ini tidak, nasib baiklah Ina ni rumah takde merentasi lampu traffic light ke. Klinik kesihatan hanya beberapa minit sudah sampai.Tetapi itulah.. masa terbuang begitu sahaja. Rushing betul hari semalam..

nescafe ais, mengidam nescafe ais
nescafe ais

Daripada marah macam tu, lantas Ina cari warung berhampiran rumah Ina. Dapatlah sejukkan tekak ni ha. Nescafe ais lagi tu. Sepanjang hayat, memang tak pernah minum air ni. Tetapi melayan tekak punya pasal.Layankan aje,nescafe ais Sedappp~ Nikmat tak terkata. Dan beli bungkus keropok dan pisang goreng untuk anak-anak bagi juadah minum petang.

tudung bawal tabur, tudung mudah
guna tudung bawal

Sesekali layan tudung bawal tabur lah pula. Nak cepat siap katakan. Mudah betul. Tetapi kan, bawal ni memang tak sesuai dengan Ina. Ni kira sauk aje mana yang ada.Hahahaah~ kelam kabut kot tarikh ni punya pasal.

Okaylah, lepasni sebelum datang appointment Ina akan call terlebih dahulu untuk pengesahan tarikh appointment.Tak mahu lagi kes berulang macam ni.

Nor Azlina

Nor Azlina

Pencinta kucing yang memiliki 5 ekor kucing siam. Seorang isteri dan juga Mama kepada 4 cahaya mata. Minat menulis secara santai di platform Wordpress.

"Percaya dengan kata Hati anda"

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *