buton function, Panasonic,washer panasonic, auto save electric
Home appliance

Tetap Setia denga Jenama Panasonic! Beli jenis Aqua Beat 7.0Kg

Kali ni,memang best pilihan mesin basuh (washer machine) model FA-7507. Mesin basuh ni jenis senyap semasa proses membasuh.Tak bising, dan auto saving water.Auto beat!

Washer machine (mesin basuh) pilihan kami masih tetap setia dengan jenama PANASONIC. Alhamdulillah, rasanya jenama ni dah lama sejak Ina kecil lagi sudah kukuh di pasaran antarabangsa.

Berbalik kepada kisah mesin basuh Ina yang lama tu.Dia mula buat hal semasa bulan puasa haritu lagi. Mesin basuh lama baru jer tukar gearbox . Tak sampai setahun gearbox tu.Sudah lah modal kena keluarkan RM 300 pada bulan akhir Disember 2018.

Ina syak tokpek tu buat kerja cincai sahaja.Ohh,lupa.Sebenarnya Ina panggil orang repair mesin basuh lama tu sudah 2 kali.Pertama kali ialah tukar gearbox dan awal tahun 2019 tu lah yang gatal tangan panggil orang lain repair mesin basuh.Sudahnya sticker atas mesin basuh tu habis dia buang.Terkejut sangat Ina ni tau.Suami pula? macam biasa,lelaki tak suka akan benda hal remeh. Tetapi bagi Ina sangat besar impaknya.

Mesin Basuh Termasuk Air di bahagian button Function

Disebabkan sticker pada button-button ditanggalkan. LED semua button dah boleh nampak tau. Buruk sangat jadinya. Kiranya memang jika masuk air dalam lampu LED tu,memang boleh short habis satu mesin basuh.Pergh! punya bahaya lah kan?

Nak dijadikan cerita,ada satu hari tu. Paip sinki dapur basah pecah.Makanya,menyembur-nyembur lah air. Dan korang nak tau? Bersebelahan sinki itu Ina letakkan mesin basuh. Dan.. mesin basuh tu jadi short. Terus tidak berfungsi.Apalagi,kami laki bini takutlah nak menggunakan.Suami terus tukar fikiran dengan membeli satu lagi mesin basuh yang baru.

Akhirnya Tukar Baru Mesin Basuh FA-7507

Alhamdulillah,sungguh tak sangka sangat. Suami gantikan mesin basuh yang baru.Walhal dalam minggu yang sama , baru jer tukar penapis air Bio Ultra  secara  cash. 

Syukur sangat-sangat. Allah mudahkan segalanya. Entahlah,banyak pula barangan elektrik yang dah mula rosak.Maklumlah semuanya dah berusia 9 tahun. Beli barangan elektrik dulu semasa awal perkahwinan. Semua nak minta baru sekarang . Tak mengeluh pun, mana tau allah nak suruh suami berbelanja lebih untuk isterinya kan? Ada rezeki lain pula nanti menanti suami.

Jengjeng! Suami buat surprise masa ni.Dia tipu Ina.Katanya ada orang nak datang repair mesin basuh. Dan suami juga minta Ina duduk dalam bilik.Ingatkan kenapa.Rupanya..,surprise katanya.Aduiiiii~ Apa lagi Ina.Gembira tak terkata lah. Feel tu macam dapat barangan kemas perasaannya.Ahaks!

Ciri Mesin Basuh PANASONIC

Gambaran dari sudut depan macam ni.Macam rupa mesin fotostat kan? Hahahaha~ kelakar pula yang ni.Tetapi cantik juga.Bentuk petak macam ni.Kali ini beli saiz 7kg sahaja. Kalau yang dahulu 6.5kg,kiranya up lah sikit saiz dia ni. Alhamdulillah,syukur sangat.Dah boleh basuh 3 bakul baju kotor.

Sebab utama suami pilih model Panasonic ini adalah ia jimat elektrik, maksudnya disini. Selepas siap basuh semuanya,lampu mesin akan dipadam/ OFF automatik. Oh yea,mesin basuh ni fully automatik.Model mesin basuh FA-7507 berharga RM 900. Beli cash ( mujur boleh buat potongan dengan majikan suami,muehehehe) . Alhamdulillah..

Apa yang menarik bagi Ina dia mempunyai banyak button menu untuk cucian.Menarik kan? Dulu mesin basuh lama, tak banyak sangat piliha nak membasuh pakaian.Yang ada hanya,SPIN,WASH,RINSE.Tetapi jenis ni ada banyak button. Suka sangat tau.

10 Button Mode Setting memudahkan Membasuh Baju

buton function, Panasonic,washer panasonic, auto save electric

Ada 10 pilihan button untuk membasuh.Best lah guna. Masa first tengok pun,Ina dah excited. Banyak pula fungsi membasuh ni.Button no 1 basuh normal, setting untuk pakaian jenis lembut ( mungkin silk ataupun satin ), pakaian baby buton 3, fragrance mungkin nak kekalkan wangi korang guna mode tu, Blanket ( Ina dah cuba basuh, Ina basuh blanket kecil je.Yang besar dan berat tak berani nak cuba ), Soak tu bagus ( sebab suami suka rendam baju-baju sebelum dibasuh dan seterusnya ia membasuh seperti biasa ), Energy Save ( tak pernah gunakan lagi, tak tahu laju mana dia boleh pergi basuh yeee), Water Save ( tak pernah guna ), Air Dry pun belum guna. No 10 Dah cuba masa pertama kal nak gunakan mesin basuh.Jadinya,kita basuh lah dia dulu.

aqua spin rinse,water saving technology

Bila buka mesin basuh,ada di tulis Aqua Spin rinse water saving technology. Tapi apa yang pasti,mesin basuh ni senyap bunyinya semasa proses membasuh. Tak pastilah mungkin sebab ia baru ataupun memang betul fungsi spin dia jenis senyap. Tak bising,sedar-sedar dah masukkan air kali ke-2 pula.

power OFF mesin basuh panasonic
Auto Power OFF

Okay,lepas siap membasuh dia akan auto OFF mesin basuh ni. Cantik pula logo dia ni. Semua mesin basuh macam ni kan sekarang?

mesin basuh panasonic, home appliance, Kitchen appliance,home small appliance
PANASONIC NA-F7507

Button pada mesin basuh ni sangat banyak. Jadi sempurna bila dilihat.Dengan warna yang putih bersih macam ni. Bertambah terpesona sesiapa yang melihatnya kan?

Laluan lubang Air Mesin di Bahagian tengah bawah

Satu lagi mesin basuh ni lubang paip air yang keluar tu di bahagian belakang mesin iaitu pada bahagian bawah di tengah ( gambar lupa nak ambil ). Berbeza dengan model lama dulu, di bahagian tepi. Ini menyebabkan lubang laluan air pada bahagian tengah menyukarkan air nak keluar.Sebab lubang air mesin basuh Ina di buat oleh tukang rumah dulu ikut lain. Huhuhu, penyelesaiaannya mesin basuh ni kena rapatkan betul-betul dengan sinki tepi tu. Rapat sangat-sangat. Jika tak dirapatkan,banjir satu daput Ina ni tau.Hahaha,dah pernah cuba.

Dan apa yang buat Ina paling excited, tempat segala habuk memerangkap tu bukan seperti uncang teh tu. Ia bentuk panjang dan kemas ( seperti penapis ). Nampak lebih WOW!

panasonic,home appliance,gadget dapur, pilihan hati surirumah PANASONIC!
dah sampai masanya kamu bersara.9 tahun juga berkhidmat untuk keluarga kami.Sedih dan sebak pula.

Baca artikel lain :

Nor Azlina

Nor Azlina

Penulis blog tentang parenting dan lifestyle.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha. Instagram @azlina6861

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *