nikon kamera
camera,  lifestyle,  Wishlist

Wishlist – NIKON kamera A300

Ermm..sebelum ni kan.Ina langsung tak pernah ada wishlist.Tetapi..,kalau ada pun.Hanya fikir nak jer sesuatu tu.Tetapi jika keinginan tu tak dapat..,ina tidak kisah.Hurrmmmm….,mungkin  kali ini agak berbeza bagi Ina.Mungkin juga sebab sudah matang.Hehehe..yerlah kan..umur pun dah meningkat dan menginjak 3 series ni…Muehehehe..



Taraaaa! Ini lah Wishlist Ina,ehehe. Tak mahal mana pun..,tak sampai ribuan ringgit bagi sebuah kamera ni.Ermm…,dah servey dalam Lazada harga RM 489 bagi seunit kamera ni.Sebelum ni,dah servey harga kamera DSLR sony.Tetapi bila di fikirkan kembali..,emm..Ina ni bukanlah kaki Travel.Tetapi cukuplah untuk mengambil gambar untuk kerja-kerja sebagai blogger.Orang kata..,nak cuba yang kecil dahulu bolehlah kan.Ehehehe

Punca nak beli Kamera?

 

Bukanlah ikutan kawan-kawan..,tetapi oleh sebab kerja-kerja sebagai blogger.Ina rasa ini semua perlu. Nak beli DSLR..,takut tak guna dan poket pun tak seberapa tebal.eHEHEHE…,Tu point asalnya.Hikhikhik.. 

Errr..,lagi satu nanti kan asyik main mod biasa jer kan. Lagiiii..,rugi.Baik guna kamera biasa kan??


Harap sangat dapat grab dalam masa terdekat ni.Iyalah..,memory dalam phone tu memang tak pernah cukup.Huhuhuhu.. Penat dah asyik bertukar smartphone sebelum ni.. Suami bagi cadangan beli smartphone baru. Ina? Hermmm..mampu berkata..hermm..so..,paham kan korang?


Tak sabar nak ambil gambar cantik-cantik dengan kamera Nikon ni.Lokasi menarik pun banyak sangat di kawasan perumahan ina ni tau..(pantai dan tasik) Bakal mempunyai kamera “Nikon” lah.. ehehe. Ina sukakan warna merah macam dalam gambar diatas tu.Nampak segak aihh.. Garang dan elegant gitu.



 Dapat Memilki Segera



Harapnya..,cepatlah penuh tabung ina tu.Huhuhuhu.. dah tak sabar ni nak membeli.Tetapi dalam masih berkira-kira lagi.Sama ada nak beli secara online ataupun COD di kedai.Harga semestinya berlainan.Huhuhuhu… ermm. Tapi bajet ina..,tak lebih dari RM 500 lah… Huhuhu.Bulan lepas baru sahaja beli Pressure Cooker. Ohhhh~~! Tak tahu lah,simptom apakah ini.


Ya Allah! Mengandung kerr??? Kalau mengandung macam ni..,habislah nak tunggu 9 bulan.Erkkk..,perangai macam ni gaya.. Tetapi ni semua hasil tabungan sendiri serta menggunakan keringat ..tulang 4 kerat ni membanting tulang duk depan PC haaa..Sampai lebam biji mata.Huhuhu..


Kini.., NIKON Kamera telah menjadi Hakmilik Ina dah.Ehehehe..alhamdulillah.Syukur sangat.Ermm..,tapi kan korang.Ina tak beli lah kat LAZADA.Beli kat kedai kamera jer.Itu pun dala m harga RM 580 (CASH).hihihi..

Untuk next wishlist pula..masih dalam berkira-kira lagi untuk memiliki DSLR  pula.Harapnya.., dapat juga memiliki.Errkkk! Tadi kat atas entri ina kata taknak kan? Ahaks~~ Setelah di amati.Tiba-tiba pula rasa macam nak sahaja DSLR itu.Mungkin nak cari NIKON juga,sebab salah satunya,Kamera NIKON ni pun dah sedap guna.Of course lah kan.. nak juga dari brand yang sama.

 

Harap,dapatlah memiliki suatu hari nanti..

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *