Youtuber,cara nak naikkan views di youtube,jana pendapatan dengan youtube
lifestyle

Youtube Oh Youtube!

Youtuber | Dari mana nak mula ek entri ni? Tapi yang pasti bukanlah Ina ni youtuber.Cukuplah sekadar dengan dunia blogging. Berbalik Tentang youtube lah. Ada orang buat suka-suka video.Ada yang nak mencari pendapatan melalui platform youtube dengan menjadi youtuber.


Nak jadi YOUTUBER?

Dunia sosial media kecoh apabila dikejutkan dengan berita Dato’ Aliff Syukri dapat income sebanyak RM 53,000 hanya berkongsi video ( kisah peribadi ) di platform youtube.Dan youtuber muda dari Kelantan juga memperolehi pendapatan sebanyak RM 20,000 sebulan. Wah,, excited kan? Tetapi kalau korang pun nak jadi seperti mereka,kena lah aktif hasilkan video yang kreatif.

Content berilmiah di Youtube

Jika korang instafamous atau orang dikenali amat mudah untuk menaikkan view di setiap video channel youtube korang.Tetapi bagi yang biasa-biasa macam Ina ni.Memang orang tak kenal,agak lambat untuk naikkan views ni.Sedih la,tapi dalam duduk bersedih,adalah video yang Ina update dalam youtube tu,ahaks.

Berbalik kepada content di youtube,korang cipta lah apa pun video.Samada nak share video resipi ke,masakan,tips parenting ke atau jika korang nak cepat naikkan subscriber korang share benda-benda yang viral,mesti cepat naik. Dan join group subscribe for subcribe pun okay juga,tetapi amat berisiko untuk akaun youtube korang tu.Jadi macam spam pula nanti.

Content di channel youtube Ina pula hampir keseluruhan video mengenai tutorial massage.Lebih fokus kepada kesihatan dan kecantikan.Share pun secara suka-suka ni tau.Bikin video sebab ada masa terluang,tak clash dengan kerja Ina sebagai blogger.Itu yang jadi video-video kat channel youtube.

Youtuber,cara nak naikkan views di youtube,jana pendapatan dengan youtube

Okay,Ina ni bukan youtube.Subscriber pun ada berapa kerat jer tau.Ahaks! Sedih kan? Dari tahun 2016 start ada channel youtube,tetapi belum diizinkan lagi allah untuk buat duit dengan youtube ni.Hihhiii…


Semangat disebabkan ada permintaan di Youtube

Alhamdulillah,sejak kebelakangan ini.Ada 2 orang lah yang request di komen video untuk hasilkan video yang akan datang.Terima kasih sangat. Segala komen-komen Ina dah subscribe juga tau.Kiranya keep in touch gitu..Haaaa.

keyword di youtube penting,carian utam di youtube, rank di youtube

Patutlah Ina pelik kebelakangan ini.Rupanya carian mengenai urutan muka sangat popular di youtube tau.Itu yang cepat naik viewers di video Ina.Cuma subscriber tu yang baru naik sedikit,tapi tu pun dah bersyukur sangat tau.Ada lah juga 7000 ribu penonton (setahun kauuu amik masa nak kumpul) yang sanggup tengok video yang tak seberapa tu.

Video Cincai di Youtube

Itu video pertama semasa mula Ina menceburi dalam dunia youtube.Video bodoh-bodoh jer,takde background muzik dan takde editing langsung.Terus upload ke youtube.Pendek kata,hentam keromo lah punya video.Heeee.. Tapi kan,video pecah pun ada tu.Hihihihi… selepas dari smartphone kamera pecah,terus stop bikin video.Sehinggalah dapat memiliki sebuah kamera mirrorless sony.Barulah kembali bikin video di youtube.

Korang kalau nak subscribe di channel youtube Ina, boleh subscribe : http://www.youtube.com/azlinaina  Nanti Ina akan subscribe back! Dan akan komen video korang.Kirangnya aktif subscriber la ina ni.

Pendek kata,nak buat sesuatu tu kena mempunyai minat terlebih dahulu dan jangan ikut orang.Nanti korang buat setengah jalan jer tau. Lagi penat! Ehh,korang faham ke ni Ina duk membebal kat entri ni? Korang kalau tak faham,buat kajian terlebih dahulu yea.Bila dah lama,tengok keadaan sekeliling.Baru ikut rentak sendiri.Assalamualaikum…

Nor Azlina

Penulis sepenuh masa dalam masa sama juga Seorang ibu.Menulis diruangan blog berdasarkan pengalaman hidup.Pengguna mirrorless camera Sony Alpha.Micro Influencer di Instagram @azlina6861 Sebarang Event, Collaboration,product review,sponsorship please Email : norazlina181@gmail.com

2 Comments

  • Avatar

    Sani

    Ini antara platform yang senang nak jana pendapatan secara online. Hanya published video yang bermanafaat, menghibur dan mendidik masyarakat. Anak saya selalu tonton channel ryan toys review dan cocomelon, antara penerima income terbesar youtube untuk tahun 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *